Team Muslimah

Team Muslimah

Share

Menjadi Muslimah bertaqwa yang diredhai Allah.

08/01/2023

Jika kita bersahabat dengan seseorang yang cukup hebat dunianya tapi dia meninggalkan Allah swt maka janganlah menggantungkan harapan padanya. Tetapi jika kita bersahabat dengan seseorang yang kuat imannya, baik akhlaknya, pasti apabila kita memandangnya kita akan ingat Allah swt. Mereka inilah yang perlu kita dekati selalu.

05/01/2023

Team Muslimah boleh bantu rawat masalah muka berkutil ni🥰

Ada masalah kutil kat muka memang membimbangkan😢

Ramai yang sangka kutil ni jeragat dan tak boleh buang.

Sebenarnya kutil boleh terus buang dan hilang serta merta💖Kulit kembali licin tanpa kutil.

Nak buang kutil dimuka atau leher jommm datang Spa kak Noor ye🙋

Booking diutamakan
www.wasap.my/601110611748/nakbuangkutil

Classic
Spa Muslimah Nilai
Bandar Baru Nilai

hari² jam 10pg-7mlm

04/01/2023

Kitab Muhimmah.
Kuliah subuh Syeikh Abu Zaki.

Antara kitab yang bagus untuk kita belajar.
Banyaknya peringatan yang dapat dari kitab ni.

Syeikh pesan banyak² lah kita muhasabah diri.
Ikutlah seperti imam Shafie:-
"Bila pandang orang soleh, beliau rasa jauhnya nak jadi macam tu. Bila pandang orang jahat, dia rasa dirinya jahat tetapi dia tak s**a jadi jahat".

Padahal Imam Shafie ilmunya hebat, tetapi masih merendahkan diri.

Kita kena sedar diri.
Jangan rasa sombong dan angkuh dengan membesarkan diri.
Kelak bila mati kita berdepan dengan yang Maha Besar tak terjawab kita nanti.

Sama² kita muhasabah diri.

Dengar kuliah ni nanti👇
https://www.facebook.com/AbnaaUlJawi/videos/3354360318167073/

04/01/2023

Sebut betul²...
Sebut seperti orang arab lafazkan.

Bahasa arab, bahasa Al Quran.
Muliakan sebutan setiap huruf.

Moga Allah muliakan orang yang menyebut salam dengan betul.

In Shaa Allah.

03/01/2023

Pencarian produk untuk dibuat jualan!!!!

Siapa ada apa² produk boleh share diruang komen,nanti team muslimah akan pilih produk yang sesuai untuk dijual.

03/01/2023

Doakan kami dapat membantu setakat apa yang kami mampu untuk menyumbang kepada agama islam.

Semoga agama islam tersebar luas dimerata dunia.

Aamiin ya rabb🤲🏻🤲🏻🤲🏻

03/01/2023

Ya Allah,
Pelihara mata kami, telinga kami, lidah kami.

Kami tak nak buat dosa lagi ya Allah dengar berkata perkara yang maksiat.

Tunjuki kami jalan yang lurus ya Allah..
Kami lemah, terkadang kami s**a mendengar perkara-perkara umpatan yang tak sepatutnya kami buat.

Tolong kami ya Allah.
Tiada daya dan upaya kami untuk mengelak segala kemungkaran, melainkan hanya dengan pertolongan dariMu....

Aamiin ya rabb🤲🏻

03/01/2023

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ

SESUDU GULA SELAUT RASA.

Bila di tanya kepada ramainya manusia apa yang diminta dalam doanya, maka ramai yang menjawab minta dipanjangkan umurnya.
Diminta panjangkan umurnya kerana cita - citanya ingin bahagia dengan banyaknya harta, hidup ternama, dan banyak lagi cita - cita dunia yang ingin direbutnya.
Allah Subhanallahu wa Taala dan Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم Junjungan yang mulia sentiasa menasehati manusia supaya berwaspada dengan apa sahaja yang membuat rasa gembira.
Mesti berwaspada dengan rasa gembira kerana ditakuti di dalamnya ada tipu daya dan sia - sia.
Mesti berfikiran jauh memikirkan apakah kesan masa lama di sebalik rasa gembira yang memenuhi keinginan kita.
Sebenarnya Allah sengaja memberi pelbagai jenis kesenangan kepada manusia untuk mengujinya.
Bers**aria dan bermaharaja lela dengan ni'mat yang Allah kurnia adalah ujian samada kita memilih taman bahagia atau pun terhumban ke jurang binasa.
Minta umur panjang tidak mengapa kerana makna panjang umur yang diminta adalah keberkatan bersamanya.
Mintalah umur panjang jika mampu istiqomah beramal soleh kepada Allah Taala.
Apa yang Ulama takut dan bimbang, kita minta umur panjang sepanjang - panjangnya, namun kita semakin jauh dan lupa kepadaNYA.
Kasihanilah diri kita.Tunduk tafakkur rapatkan sila. Apa lagi yang kita hendak sebenarnya...
In shaa Allah. Tiadalah daya upaya melainkan Allah membantu kita semua dengan rahmatNya.. 😊

03/01/2023
Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Seremban?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


PT. 9971. Tingkat 1. Jalan Bbn 1/3L. Putra Point Fasa 2a. Bandar Baru Nilai
Seremban
71800