Mery suzyhoney Sikamat
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mery suzyhoney Sikamat, Health/Beauty, Seremban.
25/09/2021
Sudah menjadi kebiasaan wanita untuk mengamalkan makanan berasaskan herba ketika berpantang. Memang sudah menjadi tradisi kita orang Melayu. Selain Melayu, orang India juga mengamalkan amalan memakan herba dan rempah ratus ini. Orang cina p**a lebih gemarkan herba-herba ginseng seperti tonik
Sebenarnya herba dan rempah membantu mempercepatkan proses penyembuhan dan kesegaran badan.
Seseorang ibu berpantang itu boleh kembali ke berat badan asal jika mengamalkan pemakananan sihat dan kena pada caranya.
Selain itu ibu-ibu juga digalakkan untuk mengamalkan suplemen dan vitamin tambahan termasuklah jamu dari herba-herba asli
22/09/2021
Ramai mengadu lepas bersalin haid tak teratur, lepas tu ada masalah keputihan atau mati putik.
Kebanyakan masalah ini berpunca dari masalah hormon yang tak berapa nak stabil lepas bersalin.
Mahu tak SuzyHoney bantu anda selesaikan masalah tersebut?
Jika mahu, anda boleh ambil rebusan akar kayu Suzyhoney yang mempunyai herba yang SANGAT BAGUS seperti manjakani, kacip fatimah, serapat dan sepang kederang. Ianya sangat membantu melancarkan perjalanan darah serta mengecutkan peranakan yang kembang.
Lepas ambil rebusan akar kayu suzyhoney, sambung p**a ambil Set kapsul pemulihan SuzyHoney untuk memantapkan lagi aset, mengelakkan kelonggaran dan mengembalikan nafsu wanita.
InsyaAllah setiap masalah ada iktiarnya. Ini adalah iktiar tradisional herba dari SuzyHoney.
22/09/2021
FAKTA MENGENAI HAID
Haid (Menstruasi) adalah pendarahan uterus secara teratur dan berkala yang disertai dengan pelepasan endometrium. Proses ini akan dilalui oleh wanita bermula di usia remaja (baligh).
95% wanita mengalami rasa sakit, senggugut dan krem perut sepanjang datang haid.
Antara penyebab haid tidak normal;
⛔ Diet yang buruk
⛔ Alergi makanan
⛔ Stress
⛔ Aktif beraktiviti
⛔ Ganguan kelenjar tiroid
⛔ Sindrom ovarium polikistik (PCOS)
⛔ Penurunan dan kenaikan berat badan mendadak
Lakukan perkara ini bagi mengelakkan kesakitan ketika haid:
❤️ Kurangkan garam dalam permakanan
❤️ Ambil vitamin secara teratur
❤️ Lakukan senaman ringan
Fakta bukan auta.
19/09/2021
LAWAS DAN RAMPING DENGAN HANYA MINUM KOPI YANG LAZAT!
SuzyHoney dah keluarkan KOPI DETOX VIRAL KHAS UNTUK RAMPING 😍
Sesuai diminum bila bila masa sahaja! Mempunyai rasa yang LAZAT! Dan yang bestnya boleh MELAWASKAN pembuangan anda.
Jika anda mempunyai👇🏻
Masalah berat badan✅
Sembelit✅
Toksin yang banyak dalam badan✅
Berniat nak solidkan badan✅
Kopi D'TOX SuzyHoney adalah jawapannya.
19/09/2021
KULIT GATAL RASA TAK SELESA. JANGAN RISAU, NEEM DAPAT MEMBANTU !
Nampak tak cebisan halus pada permukaan sabun? Itu cebisan halus daun neem atau semambu. Seperti kita tahu, neem sangat elok untuk bantu rawat masalah berkaitan kulit.
Sabun neem dah ada di suzyhoney. Tak perlu nak mencari daun neem bila anak kita kene demam campak, ciken pox, ruam, berjerawat atau kudis pada anggota badan.
Didoakan semoga diberikan kesembuhan sepenuhnya pada yang sedang ikhtiar dengan sabun neem suzyhoney.
Insya Allah, aamin🤲🏼
19/09/2021
Bagusnya daun neem atau lebih dikenali sebagai daun semambu dalam masyarakat kita.
Sesuai bagi merawat serta melegakan masalah kulit seperti gatal-gatal, alahan, radang kulit, ruam, demam campak dan sebagainya.
Sebabnya, daun semambu mempunyai khasiat baik untuk kulit sebagai anti-bakteria, anti-kulat dan anti-parasit.
04/09/2021
Bertungku masa berpantang dikatakan dapat melancarkan perjalanan darah serta mengelakkan si ibu lepas bersalin mengalami kesejukkan badan selepas bersalin. Bertungku dapat juga membantu si ibu menghangatkan tubuh.
Selain itu; bertungku juga mampu membantu mengecutkan rahim wanita selepas bersalin.
Perasan tak? Kalau rajin bertungku darah nifas tu lancar keluar dan perut juga cepat kempis.
Cara betul bertungku lepas bersalin adalah jangan terlalu menekan secara kasar permukaan yang ingin ditungku. Selain itu, masa baru bersalin dilarang menungku di tengah peranakkan kerana waktu itu peranakkan masih lembut dan 'kurang sihat'.
Bertungku ada cara, bukan main hentam kromo .
31/07/2021
Bertungku, berurut, dan berbengkung bukan orang dalam pantang je boleh amalkan, yang bukan dalam pantang pun boleh buat.
Sesiapa yang ada masalah haid tak lawas, masalah angin dalam badan dan masalah rahim rendah elok sangat jika bertungku dan berurut.
Selain itu, anda juga akan merasa nyaman dan lega apabila bertungku dan berurut. Darah akan lancar, urat yang tegang akan lembut dan badan akan segar insyaAllah.
Dah lama tak berurut atau bertungku? Apa kata kita buat semula, insyaAllah best sangat.
31/07/2021
Lama terperap kat rumah kali ni. Badan pun kerap rasa lemau dan cepat letih. Memandangkan Hari nie cuti, malam nanti boleh la 'me time' dengan bertangas basah.
Siapa yang sesuai bertangas ni?
Untuk yang tiada masalah dalaman wanita, sesuai bertangas setiap kali di hujung kedatangan haid.
Jika masalah keputihan yang teruk atau tombong, seminggu 3 kali kecuali period.
Ibu dalam pantang pun boleh bertangas.
Bertangas ni bukan saja dapat segarkan badan tapi secara tak langsung kita dapat menjaga kebersihan dan kesihatan aset wanita. Sayangi diri adalah keutamaan kita.
Bertangas dulu ye... Selamat malam..
18/07/2021
Apakah Bertangas?
Bertangas merupakan proses ‘mandi wap’ yang melibatkan anggota sulit wanita. Ia dilakukan bagi membuang bau badan, melancarkan aliran darah. Membantu melancarkan darah haid dan nifas, mengeluarkan toksin, membantu melangsingkan tubuh
serta menjaga kesihatan cik bunga.
Herba-herba yang digunakan juga dipercayai dapat
- mengelakkan kekenduran rahim
- mempercepatkan kesembuhan pada luka jahitan selepas bersalin.
- mampu mencegah masalah bau dan keputihan pada va**na.
Bertangas tidak terhad kepada wanita selepas bersalin saja, ia boleh dilakukan oleh wanita yang tidak bersalin yang ingin merawat diri, terutama masalah cik bunga. Ia juga sangat digalakkan dilakukan selepas period.
17/07/2021
Penggunaan daun herba dan rempah ketika berpantang masih kekal diamalkan hingga kini.
Daun dan rempah seperti halia, serai wangi, daun mengkudu, daun limau purut, serta pelbagai lagi daun yang kalau nak ditaip rasanya tak cukup 10 perenggan.
Daun herba dan rempah biasanya digunakan ketika berpantang antaranya untuk kegunaan ketika mandi. Bila mandi dengan daun herba dan rempah, badan kita akan rasa sangat segar, perjalanan darah juga lancar, angin dalam badan dinyahkan.
Selain itu, kebaikkan mandi herba dan daun tertentu ini dapat membuatkan kulit kita licin, ada beberapa daun atau herba yang bagus untuk kulit antaranya daun limau purut, daun pandan serta limau purut sendiri.
Rasanya, tak rugikan jika teruskan mandi herba ni hingga zaman sekarang dan rasai kebaikkanya?
18/06/2021
Assalamualaikum semua..
Wanita perlu tahu di antaranya :
1.Berjamu / herba
2.Bertangas
Oh ya...untuk Tangas SuzyHoney yang kami siapkan p**a.Jangan lupa ini kebaikkannya.
1.Mengurangkan masalah bau pada bahagian intim.
2. Mengatasi masalah keputihan dan lendiran kental.
3. Mengeluarkan sisa darah haid.
4. Mengencangkan otot misV.
5. Mengecutkan rahim selepas melahirkan anak.
6. Mewangikan badan.
7. Mengurangkan masalah senggugut.
8. Membantu mengatasi masalah haid tidak teratur.
9. Melembabkan kulit sekitar kawasan misV yang mungkin kering dan gatal selepas haid.
Ingat, kita yang perempuan ni perlu jaga badan sedari muda. Bukan asyik bersolek untuk nampak cantik di luar tapi dalamannya dibiarkan ‘berkarat’ tidak berjaga.
Selamat menjaga diri
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Seremban
