Petua Ibu Mengandung - Ummu Muneefa
Perkongsian tentang kesihatan dan penjagaan sepanjang kehamilan si manja. Pengalaman dan kisah kelahiran untuk memberi semangat buat ibu-ibu hamil. :-)
14/09/2022
Jom kita 'me time' sambil isi jiwa dengan makanan rohani. Hadiahkan isteri @ ahli keluarga perempuan anda dgn program istimewa ni. 😊
10/11/2021
Me Time, Me myself
Hari ni suami kerja, anak2 pun semua sekolah sejak dh fasa 4 ni. Jadi memang ada hari tertentu sy sendiri saja di rumah. Dapat lah me time kan. Minum secawan supercube sambil makan samyang...amboi sgt kan..😂
Sejak dah jadi suri rumah semula, rasa macam tenang la sikit hidup. Tak terkejar nk mengejar masa dan target. Huhu. Walaupun pada mulanya sedih juga nak bhenti keje. Tapi bila fikir kesihatan lebih utama, takpe la kita redha.
Rasa eczema sy triggered sbb sy stress nak capai target walaupun bukan nk jadi cemerlang tiptop, tapi kita nk biar org tak complain kerja kita. Pdpr dan bsemuka lain dia punya stress. Huhu. Jadi sy tak pandang rendah kalau ada ibu2 n cikgu2 yg burn out time pdpr.
Alhamdulillah, mula set mind semula. Nak capai matlamat hidup ni biarlah tak membebankan diri sendiri dan lebih utama matlamatnya adalah nak capai redha Allah. Penat tkejar dan mengejar urusan dunia. Kita ikut mana yang mampu saja.
Muhasabah diri. Mati itu bila-bila. Tak mengira usia. Jadi jom persiapkan diri kita. Tingkatkan amalan kita. Jaga hubungan dengan Allah, dan jaga juga hubungan sesama manusia (sahabat, keluarga eratkanlah silaturrahim jangan biar bpecah). Penat tengok dunia hari ni manusia asyik nk btelagah. Ingatlah selalu, malaikat ada mencatat kiri dan kanan.
04/09/2021
1. Minyak Sacha Inci adalah 17 kali ganda lebih hebat dari segi nutrisinya berbanding dengan minyak ikan.
2. Ia mempunyai NISBAH gandingan omega 3, 6, 9 yg sangat seimbang. InsyaAllah keseimbangan Omega 3-6-9 ini membantu kesihatan jantung, mendukung perkembangan otak bayi, mencegah penurunan fungsi otak. Sangat bagus untuk ibu-ibu mengandung, orang-orang tua yg sudah mula menurun tahap ingatannya, untuk anak-anak yg sedang menghafal dan pelajar yang terasa letih otaknya.
3. Sacha Inchi Oil diiktiraf sebagai minyak sayuran terbaik di dunia. InsyaAllah ia dapat membantu melancarkan peredaran darah dan tinggi antioksidan.
4. Sacha Inci dapat membantu menurunkan kadar kolestrol jahat dan kadar gula dalam darah. Jadi ia mesti ada dalam diet seharian kita.
5. Membantu penderitaan pesakit Gout Kronik sekiranya diambil secara istiqamah.
Sacha Inchi Oil sangat bagus diambil pada waktu malam sebelum tidur. Kerana kerehatan otak berlaku ketika itu dan tubuh akan mula membuat SELF REPAIR pada waktu anda tidur. Pada waktu pagi, anda boleh mengambil minyak2 baik yg lain seperti minyak kelapa dara (vco) atau minyak zaitun yg tinggi polifenolnya.
Minyak yang diambil dalam bentuk sachet ada kelebihannya berbanding dlm kapsul/soft gel. Ini kerana kandungan minyaknya lebih banyak dan tubuh tidak perlu mengambil masa untuk masuk ke dalam tubuh seperti kapsul/soft gel.
Dapatkan minyak Sacha Inci skrg. Harga pasaran RM109 bagi 30 sachet 5ml minyak Sacha Inci gred 1.
Tahun 2020
Ramai ke yang bakal melahirkan anak? Cantikkan angka tahun ni. Sy doakan, semoga yg sedang hamil @ sedang usaha utk hamil dipermudahkan segala urusan. 😊
Salam ramadhan kareem.
Lama menyepi kan pages ni. Maaf sangat, sungguh sejak kelahiran anak kedua saya, Allah bagi ujian buat kami sekeluarga. Alhamdulillah, kini anak kami sudah semakin pulih dan sihat dari eczema.
Ada ke ibu-ibu di dalam ni yang di beri ujian seperti saya? Saya doakan semoga anak-anak ibu juga diberikan kesihatan dan tumbesaran yang baik. InsyaAllah. :-)
Assalamualaikum. Hai semua!
Siapa yang belum tidur lagi tu?
Susah nak tidur ya. Saya doakan semoga semua ibu hamil yang like page ni diberikan kesihatan dan dipermudahkan urusan melahirkan. InsyaAllah.
Seronok tengok orang update status perkembangan kandungan dan status selamat melahirkan. Rindunya bau baby. Hehe
Alhamdulillah, anak saya dah besar. Tapi belum bersedia lagi nak bagi adik. Doakan saya ya untuk tahun depan, semoga ada rezeki. Hihi.
Ibu-ibu hamil nak sy share tips apa? Mudah bersalin? Penjagaan sepanjang kehamilan? Cepat bagi topik yang ibu-ibu nak tahu. Nanti kita invite orang yg arif untuk share di sini. :-)
Saya tunggu respon ibu-ibu semua! Salam ceria!
- ummu muneefa
15/12/2016
Assalamualaikum ibu-ibu yang hebat!
Lama nya saya tak update page kan. Sejak selamat melahirkan, agak sibuk sikit menguruskan anak-anak.
Alhamdulillah, semakin hari semakin bertambah follower di page ni. Tergerak hati untuk terus sharing dengan kalian. Pasti kalian inginkan sesuatu yg bermanfaat kan?
InsyaAllah saya akan usaha update info dan tips berguna untuk ibu hamil, dan juga ibu-ibu lain dalam penjagaan anak-anak. Kita kongsi sama-sama ya. Andai ada persoalan, dan ingin share topic tertentu, jangan segan direct message admin ok.
Salam sayang,
Ummu Muneefa :-)
26/01/2016
Sekali sekala, kena buat surat mohon cuti dengan encik suami. Hehehe.
Encik suami pun, kena la 'approve' cuti tu.
Walaupun hakikatnya tidaklah cuti seperti orang bekerja, tapi cuti memasak pun dah cukup nikmat kan? :-)
Alhamdulillah, bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah kurniakan. :-)
Copy, paste, Baca dan muhasabah.
Hargailah isteri yang mengandung, bersalin, menyus**an anak-anak kita, dan setia dan sedia menerima kita sebagai suami dengan cinta..
Seorang suami jumpa saya dan tengah marahkan isterinya kerana anak kecil baru 2 orang tapi rumah dah tak terurus. Bersepah, rumah dan diri isteri serta anak-anak dah tak terurus. Beliau pantang tengok benda macam tu katanya. Dia dah nekad takkan balik selagi isterinya tak berubah.
Saya kata padanya saya lihat seorang ibu di hospital buat fisioterapi kerana tangan dan bahunya sakit dan ada masalah kerana lama dukung anak..Terkesan dan termenung berfikir pengorbanan seorang wanita dan ibu. Ya Allah...
Cuba saudaraku yang kukasihi ingat saat isteri kita melahirkan anak yang kita hampir separuh nyawa mereka melayang. Sakit, perit, kesusahan mereka... Selepas itu kena terus menyus**an anak. Dukung anak sedangkan diri sendiri baru melepasi kesakitan paling dahsyat dalam dunia. Dulu 9 bulan bawa anak ke sana sini. Tidur, makan , semuanya tidak sempurna. Nak bangun, duduk, pusing. Kepala, pinggang, kaki, tangan, semuanya sakit..
Anak keluar kena menyus**an anak 2 tahun. Anak bangun 2 jam sekali. Paling kurang ambil masa 30 minit. Anak menyusu dan menyakitkan..itulah seorang ibu. Penat dan kesabaran teramat tetapi ikhlas kerana Allah dan suamilah kekuatannya..Kerana itu ringankanlah tugas isteri dan ibu anak-anak kita...menangis lihat ibu tersengguk menyus**an anak kerana kepenatan. Masa bila mereka tidur. Masa bila mereka berehat. Saya terus terang katakan saya memang tiada kesabaran dan ketabahan seperti itu. Itulah sifat mulia wanita yang Allah hadiahkan..
Kerana itu kita suami wajib memudahkan segala urusan mereka dengan bersama-sama membantu atau carikan pembantu rumah buat mereka. Ini rumah dan keluarga kita. Bersma-sama membantu. Itulah Islam..
Menguruskan rumahtangga dan ada yang bekerja. Allah. Sayangilah mereka. Semakin kita disayangi Allah. Jika mereka jaga solat awal waktu, jaga aurat dan kita redha dengan mereka syurgalah tempat mereka.
Hidup ini bukan apa kita s**a atau tidak. Tapi apa yang Allah mahu dari kita. Bertolak ansur. Hargai isteri. Bangunkan mereka dengan agama. Takperlah kurnag sikit bab lain tapi biar mereka masuk syurga. Itulah kasih yang sejati. Cinta sebenarnya. Saya cakap ini kerana saya ingat ibu saya. Saya ingat isteri saya. Saya ingat Rasulullah saw amat mengasihi isteri dan keluarganya..
Abang tadi menangis. Katanya saya rasa macam tersedar. Saya stress agaknya. Betul tu ustaz...
Tahniah semua lelaki yang sedang mengasihi isteri. Menghormati mereka. Membantu mereka dan memimpin tangan mereka ke syurga. Ingatlah ketika itu kita sedang mengikuti jejak langkah Rasulullah saw - ustaz ebit lew
Nota kaki: S**a baca tulisan ustaz ebit lew ni. Sesungguhnya orang yang mengamalkan dan mengikut sunnah rasulullah, setiap perbuatan dan bait kata-katanya menyenangkan hati orang di sekeliling.
.keluargasunnah.com
Boleh puan kongsikan berapa minggu usia kandungan kalian?
Apa makanan yang ibu-ibu ambil sepanjang kehamilan?
InsyaAllah nanti saya kongsikan pemakanan yang boleh ibu-ibu cuba bagi proses memudahkan kelahiran. ☺
Salam ceria semua.
Lama admin tak update pages ni. Alhamdulillah, saya baru lepas bersalin. Jadi tengah sibuk layan baby comel. Hehe
Semoga ibu-ibu yang sedang menunggu masa menanti kelahiran si comel, dipermudahkan Allah untuk melahirkan kelak.
Jangan panik ya, bertenang. Kelahiran itu fitrah. InsyaAllah dipermudahkanNya. Senyum dan fikirkan kelahiran yang positif. ☺
22/08/2015
10 "Bahasa Dosa" Penyebab Anak Degil dan Bermasalah Kesilapan ibu bapa ketika bercakap dengan anak sering jadi penyebab anak degil dan bermasalah. Elak 10 perkara ini jika ingin anak yang soleh dan berjaya.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Sendayan
Seremban
