FBG Empire Business Academy
FBG Empire merupakan team bisnes yang mengajar anda cara buat duit hari-hari dengan cara yang mudah dan efisien. Jom join Team Bisnes kami.
Kami akan guide anda bagaimana anda boleh dapat INCOME 4-5 ANGKA sebulan hanya dari rumah.
02/04/2025
Salam Aidilfitri dari Hafizah & Badrul Hisham sekeluarga.
18/03/2025
*◈•┈┉━❀ ﷽ ❀━┉┈•◈*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وبركاته*
Salam Nuzul Quran, 17 Ramadan 1446H.
_"Salah satu keajaiban al-Quran ialah kita tidak akan mampu mengubah isinya, namun isinya mampu mengubah hidup kita."_
03/03/2025
Kat rumah mesti ada 2 ni untuk sahur dan berbuka.
Aman anak² dan mak pak dia sekali bersahur dan berbuka dengan ESP + PD.
Kurang rasa haus dan kenyang lebih lama.
Ada offer bulan ni. Kena grab laju². Item paling keras kat Shaklee ni 🥰
01/01/2025
Didoakan Allah limpahi Eizzatul Syarafana dan rakan² perjuangan kesihatan, ilham, otak yang cerdas dalam menjawab soalan exam SPM bermulanya hari ini paper BM kertas 1 dan kertas 2 seterusnya paper hari² yang berikutnya sepanjang exam ini.
Ibu hanya mampu doa dari jauh untuk anak² SPM.
Di sini saya share kan doa yang boleh diamalkan oleh ibu bapa berlandaskan Asmaul Husna.
*(Rentetan perkongsian Ustazah Nurhafizah Musa, kekuatan Asmaul Husna.)*
Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang exam ya..
Allahumma 1x
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 40x
Bicara hati
Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik. 1x
Allahumma 1x
Ya zohir 40x
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda ankku kerana Kau Maha Menampakkan 1x
Allahumma 1x
Ya Fatah 40x
Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul. 1x
Allahumma 1x
Ya Baari'. 40x
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik2nya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi.
Aku yakin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah.. aku tiada daya.. 1x.
Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam .. zikirlah. Bayangkan anak² sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak² ada dalam keadaan berwuduk masa nak pergi sekolah. Kalau batal takpe.. mak ayah kena sepanjang exam ini juga ya..
Mudah2an perkongsian ini dirahmati Allah.
Dalam Al-Quran surah Al A' Raf.. ayat 180. Buka dan carilah apa Allah kata tentang Asmaul Husna...
Salam Sayang 💖🌹
Buat semua calon SPM 2024, Semoga beroleh kejayaan cemerlang.
Ps: Share ramai ramai ya.
Insya Allah anak² kita tenang dalam menjawab exam.
30/09/2024
Ramai yang s**a sangat ResVivix ni.
Lebih-lebih lagi ada promo.
Lebih jimat 10%
Dapat Cash Back RM80++ lagi
Free Postage
Free Membership.
Berbaloi la.
Klik BIO for more info
14/07/2024
I am Here
11/07/2024
Happy Birthday along
09/07/2024
Create Happiness with my love.
Small Birthday & Anniversary Celebration!
Pagi² dah siap² nak pergi kerja macam biasa. Tup-tup cik abang suruh cuti.
Lepas hantar anak-anak ke sekolah diajaknya kita breakfast together.
Masa ni lah baru nak berborak, dengar luahannya. Almaklum dah 4 hari tak jumpa. Outstation oversea 😄😄😄
Tengah hari lepas ambil Affan balik sekolah. Selamba je kita bagitau.
"Saya rasa macam nak makan kek Richiamo la"
Begitulah, kalau kita nak kita cakap je. Tak de pun nak surprise².
Sudahnya Affan jadi juru gambar. Tu yang senget sikit gambo2 ibu n ayah 😄😄😄
Tak pe, nanti Affan belajar dengan abang² jadi pro ye. 😄😄 Upahnya donut gebu pink tu. Ntah kenapa dia pilih pink 🤭
Terima kasih my darling sentiasa sudi melayan karenah isterimu ini sepanjang kita kenal.
Didoakan kita sentiasa dikurniakan rahmah dan keberkatan Allah.
Next year kita celebrate kat Mekah ye . Insya Allah ♥️♥️♥️
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Address
Seri Kembangan
43300
