Aneka Resepi Masakan
Resepi Aneka masakan lauk, kuih-muih, kek Dan macam² lagi
03/02/2025
RESEPI LAKSAM (12 gulung)
Bahan laksam:
-3 cawan tepung beras
-1/2 cawan tpg gandum
-sedikit garam
-4 3/4 cawan air suam
-3 sudu besar minyak masak
campur semua bahan2 diatas sehingga sebati dan ketepikan sebentar
1) panaskan periuk kukusan..sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang disapu dengan minyak masak
2)masukkan bancuhan tpg tadi dlm loyang atau tudung periuk ...jgn tebal jgn nipis...agak2 la ye..kalau saya guna 3 senduk setiap adunan ...kukus dlm 5 minit..
3)angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dgn air paip supaya sejuk..
4) guna hujung sudu atau bende yang boleh cungkil laksam ni kluar dr loyang...terus gulung dr loyang tersebut hingga habis..
5)kukus lagi adunan laksam tadi shingga habis..
kuah laksam 6 orang makan:
-3 ekor ikan kembung (dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti)
-2 biji bwang sederhana besar
-2 ulas bawang putih..
-sedikit halia
-1/2 sdu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
-sedikit belacan
-1/2 periuk santan pekat (agak2 6 org mkn + tambahan)
-garam , gula
-2 keping asam gelugur
1) ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan
2) bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar bersama2 dgn isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya senang kisaran..
3)masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan ikan
4)kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula
5) masak hingga mendidih..dgn api sederhana
ulaman:
kacang panjang
timun
tauge
kobis - semuanya dihiris halus..
belacan bakar- jika s**a masukkan dlm laksam
sambal lada
sedikit belacan
lada merah
cili api merah
garam sikit _semuanya kisar/tumbuk halus
Credit: Owner
16/01/2025
Daging gulai darat😋😋
Simple jer xpayah tumis...
Bahan2nya:
200 g Daging(kalau yg ada lemak lg best)
5 ulas Bawang Merah**
2 ulas Bawang Putih**
1cm Kunyit **
1cm Lengkuas**
1cm Halia**
2sudu ketumbar**
2biji Cili Kering**
2 Cawan Santan
1sudu besar kerisek
asam keping
Garam Gula
Cili Hijau
Cara2Nya:
Kisar semua bahan bertanda #
gaulkan dengan daging masak sehingga daging empuk..
Kemudian masukkan santan,garam,gula,asam keping..akhir sekali masukkan kerisek dan cili hijau..sesuaikan rasa dan masak sampai terbit minyak..Done!!
Selamat mencuba kalau nak masak dlm kuantiti yg banyak gandakan bahan2 dan sesuaikan rasa sesuai dengan selera masing2..Cooking with love😍😍
Kredit, cherry merry
15/06/2023
Resepi Shellout Paling Mudah
BAHAN-BAHAN
1 kg ketam
1/2 kg sotong
1/2 kg udang
1 biji jagung manis **potong dan rebus
6 biji bwg merah
6 biji bwg putih
halia besar ibu jari
5 tangkai lada kering *sikit je sebab lada yang saya guna ni jenis pedas.
4 batang serai *diketuk
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan serbuk kari ikan Baba’s
2 tangkai daun kari
4 helai daun limau purut
Carrot, brokoli, bunga kubis agak2-agak je
1 kiub ayam
CARA-CARA
1. POTONG & CELUR
Mula-mula kita potong sayur carrot, brokoli dan bunga kubis. Siang seafood. Basuh bersih semua sekali.
Kemudian celur dengan air panas.
Masa celur ketam, sotong dan udang, air rebusannya simpan sedikit utk masukkan dalam sos/kuah nanti.
2. KISAR & TUMIS
Kisar bawang merah, bawang putih, lada kering dan halia.
Ketepikan. Panaskan minyak, Kemudian masukkan daun kari dan barulah masukkan bahan-bahan kisar. Tumis sampai naik bau dan pecah minyak. Masukkan bancuhan serbuk kari,lepas tu tumis sampai pecah minyak sekali lagi. kemudian masukkan sos tiram, sos cili.
3. MASUKKAN AIR REBUSAN, ASAM JAWA & PERASAKAN
Masukkan air rebusan seafood, asam jawa, gula, kiub ayam/ kalau tiada kiub ayam masukkan garam dan perasa. Perasakan secukup rasa masam manis, masin, pedas semua. Masukkan daun limau purut.
4. GAULKAN SEAFOOD
Masukkan seafood. Balik2 kan sampai sebati, Dan hidang ikut citarasa korang
SIAPPP!!! Wajib cuba tau. Berbaloi buat sendiri. Lebih Jimat
Selamat mencuba💕
Coway ada produk terbaru iaitu "Massage Chair", Limited utk 2500 unit sahaja.. nak info boleh klik link nie 👇
http://www.wasap.my/60175595057/infoMassageChairCoway
Nak info Promosi mengenai produk Coway yang lain boleh click link di bawah 👇
http://www.wasap.my/60175595057/NakinfoProdukCoway
14/06/2023
RESEPI KUIH KETAYAP GUNA SUKATAN CAWAN
Bahan-bahan inti kuih ketayap:
2 1⁄2 cawan kelapa mesin
1 1⁄2 cawan gula melaka/merah
2 sudu besar gula pasir
Sedikit garam
1 cawan air
Cara-cara buat inti:
Masak air sampai mendidih. Kemudian masukkan gula melaka dan gula pasir, kacaukan sehingga larut dan gula hancur.
Kemudian baru masukkan kelapa dan masak sampai hampir kering, tapi jangan terlalu kering kena sedikit basah.
Siap, ketepikan.
Bahan-bahan kulit:
2 atau 3 helai daun pandan (kisar dengan 1 cawan air, tapiskan untuk ambil air pandan)
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
1 cawan air biasa
Sedikit pewarna hijau
Cara-cara buat kulit:
1)Campur semua bahan. Bancuhan jangan terlalu likat dan terlalu cair. Kalau likat, tambah air sedikit demi sedikit. Kalau cair, tambah tepung gandum sedikit demi sedikit
2)Tapiskan bancuhan tepung tadi sebelum dimasak. Boleh bahagi kepada beberapa bahagian sekiranya ingin berwarna warni
3)Untuk membuat kulit ketayap, oleskan minyak masak pada kuali dan tuangkan adunan tepung tadi dan ratakan pada kuali. Angkat bila sudah masak. Ulang sehingga bancuhan tepung habis.
4) Letakkan inti kelapa pada tengah-tengah kulit ketayap. Gulung sehingga kemas. Siap
Produk terbaru coway Jun 2023💞
😍Massage Chair Coway***serendah RM145 sahaja😳
Nak tahu PROMOSI HEBAT Coway boleh click link di bawah 👇
http://www.wasap.my/60175595057/NakinfoProdukCoway
14/06/2023
Resepi Kepak Ayam Madu
Bahan-bahan tumis/perapan:
Halia dalam seinci hiris halus
Bawang putih 3 ulas hiris halus
Sos tiram 2 sudu besar
Sos cili 2 sudu besar
Sos tomato 1 sudu besar (tak letak pun tak apa)
Kicap manis 1 sudu
Madu 1/2 cawan
Cili kisar 3 sudu besar (nak pedas sikit, boleh juga ganti dengan serbuk cili) Tak letak pun tak apa)
Cara-cara:
1. Gaulkan ayam bahagian kepak dengan pewarna merah atau sirap.
2. Kemudian gorengkan sedikit terlebih dahulu. Angkat dan ketepikan.
3. Kemudian tumis halia dan bawang putih sampai naik bau, masukkan p**a cili kisar dan bahan-bahan sos dan ayam tadi. Gaul sebati sehingga sedikit kering.
4. Boleh terus dimakan atau bakar sekejap dalam oven. Selamat mencuba!
Nak tahu info Promosi Hebat Coway boleh tekan link di bawah 👇
http://www.wasap.my/60175595057/infoPromosiHebatCoway
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Address
Seri Kembangan
