Tips sihat bersama Hanif

Tips sihat bersama Hanif

Share

ANDA SIHAT, ANDA BERJAYA

01/06/2021

Sama sama kita berganding bahu utk memastikan musuh kita covid-19 tewas utk PKP kalini buat selama lamanya ♥️🤙

12/05/2021

Ramadhan berlalu & Aidilfitri yang menjelma ❤️

Selamat Hari Raya Aidfitri. Maaf Zahir & Batin.
Sambutlah hari kemenangan ini dgn penuh rasa nikmat & kesyukuran.

Salam aidilfitri utk semuaaa 💙

21/02/2021

Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).

Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua.

Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

02/02/2021

Assalamualaikum & Hi semuaaa.

Selamat pagi & pagi yang berkat untuk semua yang membaca posting ni ya.

Januari dah lepas, sekarang masa untuk bulan Februari p**a.

Bimillah, semoga Allah swt kurniakan kita semua kesihatan yang baik, rezeki yang berkat & dipermudahkan urusan dunia serta akhirat. Amin.

16/01/2021

Apakah itu vitamin C ?

Vitamin C, juga dikenali dengan nama saintifiknya – asid askorbik, adalah sejenis vitamin larut air. Ia tidak disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan – sebarang lebihan akan dikumuh melalui air kencing.

Sesetengah haiwan berkeupayaan menghasilkan vitamin C tetapi manusia perlu mendapatkan vitamin ini daripada makanan atau suplemen kesihatan yang diambil secara oral.

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik vitamin C :

✅ Buah-buahan : Jambu batu, betik, buah sitrus (seperti oren dan limau gedang), kiwi dan strawberi.
✅ Sayur-sayuran : brokoli dan tomato.

Kepentingan vitamin C :

Vitamin C adalah penting untuk pelbagai fungsi fisiologi seperti pembentukan kolagen – sejenis protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah. Selain itu, vitamin C juga dikenali sebagai antioksida semula jadi yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Manusia yang kekurangan vitamin C, tidak boleh menggantikan kolagen di dalam badan mereka. Dengan itu, pelbagai jenis tisu dalam badan menjadi rosak dan ini membawa kepada penyakit skurvi (gusi yang bengkak berdarah dan kemerahan, penyembuhan luka lambat serta kehilangan gigi).

Pada masa kini, kekurangan vitamin C dan skurvi adalah jarang berlaku. Gejala kekurangan vitamin C hanya berlaku jika pengambilan vitamin C adalah kurang daripada kira-kira 10 mg / hari untuk beberapa minggu.

Namun, pengambilan dos vitamin C yang tinggi (> 2000mg) untuk jangkamasa pangjang adalah tidak disarankan.

Ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius seperti cirit-birit yang teruk dan pembentukan batu dalam buah pinggang (yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang).

13/01/2021

13 JANUARI 2021 [ PKP 2.0 ]

Jom Harini Kita Belajar & Amik Tau Tentang Kencing Manis. Tambah Ilmu & Pengetahuan Untuk Diri Sendir Kan Best.

PUNCA PUNCA KENCING MANIS :
1. Berlebihan berat badan atau kegemukkan
2. Tidak bersenam atau gaya hidup tidak sihat
3. Pengambilan makanan yang tinggi gula, tinggi lemak atau kurang serat
4. Keturunan jugak salah satu punca penyakit kencing manis
5. Peningkatan umur jugak salah satu sebab penyakit kencing manis
Siapa Pernah Mengalami Situasi Seperti Diatas? JOM Kita Sihat Bersama & Kita Jaga Kita!

12/01/2021

Assalamualaikum & Hi Semuaaaa.

Esok kita semua akan menempuh hari yang sama seperti sebelum sebelum ni & dengan kedatangan PKP 2.0 ni, Hanif nak semua kuatkan semangat dan kekal sihat tak kira dimana kita berada okayy!

Jaga pemakan & jaga kesihatan. Insya Allah muka kita akan tersenyum dengan wajah yang ceria 🔥😎

07/01/2021

Selamat Pagi Insan Hebat 2021 🥰

Pagi ni Hanif share mengenai makanan yang tinggi kandungan garam. jom baca & hadam sesama okay. Cuba teka penyakit apa yang bakal kita kerap hadapi jika mengamalkan kandungan tinggi garam dalam makanan?

03/01/2021

DAH 3 HARI UNTUK TAHUN 2021 😊

Semoga kita semua kekal sihat tubuh badan, rezeki bertambah & berkat serta dipermudahkan segala urusan didunia & akhirat.

30/12/2020

Assalamualaikum. selamat malam malam guys. Hanif nak share tentang kelebihan TONGKAT ALI malam ni. Mungkin ada yang dah tahu ataupun masih ada yang belum tahu kan?

JOM TAMBAH ILMU 😃😊

KELEBIHAN TONGKAT ALI :
1. Meningkatkan Kadar Testosteron
2. Membantu Kesuburan Lelaki
3. Merangsang Keinginan Bersama Pasangan
4. Meningkatkan Kesihatan tulang
5. Mengurangkan Lemak & Membina Otot
6. Menstabilkan Mood Seseorang
7. Meningkatkan Metabolisme Badan

Dah baca? Alhamdulillah, semua dapat ilmu mengenai Tongkat Ali malam ni kan 😊

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Seri Kembangan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Jalan 7/1
Seri Kembangan
43300