Cendera Kirana Home Spa

Cendera Kirana Home Spa

Share

Mobile Spa

�Facial
�Tangas
�Lulur
�Sauna
�Mandian
�Pedi & Medi
�Foot Spa

Makeup

Photos from Cendera Kirana Home Spa's post 11/09/2021

Assalamualaikum. Saya nak share set berpantang lengkap untuk ibu. Set sauna + bangku untuk bersauna dan bertangas ketika dalam pantang. Sangat membantu ibu ibu yang berpantang sendiri. 🥰❤️

www.wassap.my/60198633287/sumosauna

30/10/2020

"BEST BETUL LAH, HANYA 1 SACHET JE DAH RASA RINGAN & CERGAS. BERGERAK PUN JADI PANTAS JE..."

Penjagaan luar & dalam, dua2 ni memang sangat penting & kena jaga sama rata. Barulah rasa sihat!
Sebab tu lah setiap rumah kena ada...

✨ Susu Kunyit Nurrine Beauty yang dicipta khas untuk menjaga kesihatan wanita
Diformulasi khas dengan bahan2 semulajadi yang tinggi khasiat seperti :

- Kismis & madu
- Kunyit & manjakani
- Badam
- Susu & safron
- Collagen salmon
- Buah zaitun
Bila dah minum sekali, mesti nak lagi! Sedap minum, ringan je rasa. Memang betul konfem, sebab dah ramai yang repeat buat stok tau.

19/01/2019

Cara Mandian AIS +LIMAU

Amik limau nipis ini 5 biji atau lebih, potong kan 2 setiap sebiji..Kemudian limau tersebut perah kan di dalam baldi.. Jika ada air kolah masjid, masuk kan sedikit air kolah masjid tersebut di dalam baldi. Selesai perah letakkan ais, pastikan air itu menjadi sejuk.. Bila air dah sejuk…

Baca Al fatihah baca 7x Bismillah5 baca7x Al ikhlas 7x Dan selawat 3x

Jika mandi di bilik air, sebaiknya angkat baldi itu baca di luar terlebih dahulu..

Selesai baca mandi air tersebut, jika tak tahan sejuk mulakan dari kaki, jika tahan mandi sahaja dari kepala, lebihkan siram mandi belakang tengkuk belakang..

Cara begini jika anda amalkan.. Jika angin banyak dalam badan InshaaAllah akan keluar. Jika ada gangguan makhluk halus InshaAllah akan berkurangan. Sifat jin memang tidak tahan dengan sejuk, jin dari API..

19/01/2019

[ PETUA MERAWAT KEPUTIHAN DAN GATAL-GATAL MISS V ]

🌿CARA-CARA🌿

✅Ambil secekak daun pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan.

✅Kemudian, rebus pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih.

✅Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan tersebut.

✅Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk.

✅Apabila air rebusan telahpun sejuk, tapis air rebusan.

✅Minum air tersebut 2 kali sehari.

✅Amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu sembuh.

22/12/2018

Jus Timun .. sedap rupanya

Esok kita borong timun sekilo ye

TIMUN BERKHASIAT HEBAT

Timun. Sayur yang biasa ada dalam nasi lemak. Tak pun sinonim makan dengan sambal belacan kan?

Tapi korang tau tak timun jugak boleh dibuat minum. Kalo tak penah. Balik keje petang nanti boleh singgah pasar malam. Beli timun lelebih buat stok.

Timun banyak sangat khasiat. Sesekali jom kite buat jus timun. Minum 2 3 kali dalam seminggu.

RESEPI JUS TIMUN

Sebatang timun saiz sederhana.
1 sudu madu asli
2 ke 3 sudu perahan lemon

Cara:
Buang sket kulit timun.
Blender dengan secawan air. Nak blend halus boleh. Nak blend kasar sket pun boleh.
Pastu perah lemon, boh sesudu madu. Kacau rata. Minum sampai habis.

Esok lusa kalo nk buat lagi. Boleh blend lagi. Tak yah blend banyak-banyak. Pastu simpan. Nanti rasa tak sedap. Minum masa tengah fresh.

KHASIAT TIMUN:
1. Buang toksin dari badan.
2. Sebagai pengganti air dalam badan.
3. Membersihkan usus dan memperbaiki sistem penghadaman.
4. Mengurangakan eyeback bawah mata.
5. Antikanser
6. Menyihatkan masalah sendi, gout, artiritis.
7. Menyegarkan mulut.
8. Menjaga buah pinggang.

KHASIAT LEMON:
- cuci kerak kerak lama dalam usus
- bakar lemak degil
- ada vit c, bagus untuk kulit
- anti kanser
- mengempiskan perut

Madu
- melancarkan darah
- tambahkan tenaga
- antioxidant
- mencegah kanser
- pemanis semula jadi

20/11/2018

PETUA MINUMAN SELEPAS PERIOD ATAU SENGGUGUT.

Korang boleh minum sebulan 2 kali pun cukup dah .
Nak lagi elok lepas uolss habis period!!😏😍

KHASIAT :
🌸 Membersihkan rahim selepas haid.
🌸 Mengeluarkan angin dalam badan.
🌸 Memecahkan lemak-lemak diperut.
🌸 Mengurangkan masalah bau badan.
🌸 Menaikkan seri muka umpama Bidadari syurga.

Bahan-bahannya :
1) Serai 5 batang ( ketuk sikit bagi pecah )
2) Halia besar ibu jari ( hiris tapi jangan nipis sangat )
3) Kunyit besar ibu jari ( hiris jugak tapi jangan nipis sangat )
4) Madu/gula batu ( ikut s**a lah nak letak banyak mana )
5) Daun pandan 4 helai
6) Air 3 cawan

Rebus semua bahan2 diatas selama 30-40minit. Dimulakam dengan bismillah disudahi dengan alhamdulillah.
Minum time suam lagi elok.

Sengugut pun hilang InshaAllah dengan izinNya.

Share je banyak mana korang s**a 💙

Kredit mahn

Like & Share

20/11/2018

Gel Mandian Bidara RM25 sahaja ..

www.wassap.my/60193111869/mandianbidara

Photos from Cendera Kirana Home Spa's post 17/11/2018

Kalau rasa sakit kat bhgian pinggang ke pinggul ke, you can try this kind of exercise. InshaAllah, it will help 💪

26/10/2018

PETUA HAMIL ANAK KEMBAR
mesti ramai yang teringin anak kembar yang comel kan. Ni admin kongsi petua nya.

1. Genetik
Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 o**m secara serentak dalam satu masa.

2. Umur
Wanita yang berumur 35- 40-an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan p**a, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu o**m semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

3. Bilangan Anak
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

4. Berat Badan dan Ketinggian
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.

5. Diet
Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

6. Pengambilan Ubat Kesuburan
Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua o**m dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10 peratus peluang manakala Gonal F memberikan 30 peratus peluang untuk hamil anak kembar.

7. Selain berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya.Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.

8. Banyakkan makan ubi, kentang dan susu.
Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.

Jemput Share utk manfaat bersama :)

Photos from Cendera Kirana Home Spa's post 25/10/2018

Saya SHARE je dkt sini senang untuk RUJUKAN semua ..

Keguguran Dan Berpantang

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran. Keguguran umpama buah yang gugur sebelum masak dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan, iaitu mudah diserang angin gugur atau dikenali angin jahat.

Angin Gugur - ialah angin yang menyerang selepas keguguran, mengakibatkan ibu mudah terdedah kepada pelbagai masalah alahan makanan dan persekitaran.

Bisa Keguguran - ialah rasa sakit yang tajam dan berdenyut di bahagian ari-ari, pinggang dan sendi selepas kejadian keguguran.

Angin gugur yang menjadi pembawa bisa keguguran akan sentiasa terpendap di dalam urat saraf sehinggalah ibu tersebut hamil semula dan melahirkan, barulah dia dapat kembali sembuh. Penyakit angin gugur ini tidak dapat diubati walaupun melalui kaedah moden seperti pembersihan rahim atau D&C. Malah, dipercayai angin ini akan bertambah mudah menyerang selepas rawatan D&C, terutama jika tidak dilaksanakan dengan sempurna.

Keadaan adalah lebih buruk bagi ibu keguguran yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya. Ibu keguguran seperti ini akan menghadapi masalah angin toksik yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat infeksi di bahagian peranakan. Masalah keracunan darah dapat dielakkan sekiranya rawatan pencucian atau pembersihan rahim dilakukan dengan teliti dan sempurna.

Keguguran tanpa penjagaan yang rapi juga menyumbang kepada masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresapi ke seluruh sistem badan. Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.

Mengikut petua Melayu, penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran. Ibu dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan badan dalam peraturan rawatan dan pemakanan. Berlainan halnya dengan ibu yang keguguran, sebab mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk dari segi perubatan dan pemakanan. Oleh sebab itulah, bukan mudah untuk menjaga ibu-ibu keguguran, tambahan p**a bagi yang tidak berpengetahuan atau berpengalaman dalam hal perawatannya.

Kebanyakan wanita hari ini mengambil ringan tentang kejadian keguguran. Ini terjadi kerana ramai yang jahil tentang pentingnya penjagaan diri selepas keguguran, manakala ilmu yang berkaitan tidak disebarkan secara meluas akibat terpengaruh dengan mentaliti perubatan moden. Walaupun kita menghormati ilmu dan sistem perubatan moden, kita percaya mereka belum cukup mendalami dan memahami hukum alam badan dan kesihatan manusia yang berkait rapat dengan suasana alam semulajadi.

Ramai wanita masa kini menganggap rawatan pantang keguguran secara tradisional adalah remeh kerana berpendapat bahawa proses kelahiran lebih teruk daripada proses keguguran. Oleh sebab itu, ilmu penjagaan tentang keguguran semakin ditelan zaman, bahkan hampir berkubur tanpa pengamalnya. Sesungguhnya, ilmu tersebut dapat mempercepatkan proses pemulihan "penyakit melanuih keguguran", seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, serta bengkak dan bisa otot peranakan. Penyakit melanuih juga boleh menyebabkan bisa-bisa tumit, betis, lutut serta pinggang, kebas-kebas sendi, mudah seram sejuk, demam tidak kebah, dan kalah dalam perjuangan berjimak.

Tempoh Pantang Keguguran

Mengikut petua Melayu, terdapat pelbagai pantang larang ibu keguguran dari segi pemakanan dan cara hidup harian. Berpantang ibu bersalin ditamatkan mengikut jangkamasa keguguran. Jika berlakunya keguguran selepas dua minggu hingga tiga bulan kehamilan, ibu pantang berjimak selama 30 hari. Ini adalah kerana angin gugur telah sedia ada untuk menyerang atas kesilapan pantang larang.

Jikalau keguguran berlaku pada usia kehamilan 4-5 bulan, ibu harus pantang berjimak selama 40 hari. Jikalau keguguran berlaku lebih daripada bulan keenam, ibu pantang berjimak selama 44 hari. Namun, untuk lebih berkesan pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin.

Pantang Larang Keguguran

Masyarakat Melayu tradisional mengenakan pelbagai pantang larang kepada wanita yang keguguran. Dipercayai jika wanita yang keguguran lalu atau berjalan di bawah penyidai kain akan mendapat sakit kepala. Jika terkena titisan hujan atau hujan panas serta terkena angin senja atau tengah malam beliau mudah dihinggapi demam panas atau demam mengiggil.

Bagaimanapun, pantang larang yang terutama ialah tidak boleh melintas di bawah pohon cermai atau memakan buah cermai kerana ia dipercayai boleh mencetuskan bentan atau kesan tegang urat sehingga membawa kepada demam menggigil.

Dari segi pemakanan, ibu keguguran mesti megelakkan makanan berangin, seperti ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta terung. Selain itu dipantangkan juga makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, dan buah-buahan yang sejuk seperti ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai madu. Turut ditegah mengambilnya ialah ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, tudung periuk, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.

Walaupun, petua pantang larang ini kelihatannya seperti tidak logik atau kejam, telah pun terbukti terjadinya alahan bagi ibu yang melanggarnya seperti bentan urat, demam yang susah turun, rambut gugur, mudah sayu, pekang, alahan kulit dan cuaca, serta mudah letih.

Jenis-Jenis Keguguran

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, ada pelbagai jenis keguguran yang dapat dikesan dan dikenali. Antaranya disenaraikan seperti yang berikut ini.

Gugur Ugut

Gugur ugut (threatened abortion) atau dikenali juga sebagai gugur terancam, sering berlaku pada rahim yang lemah, seperti pintu rahim yang mudah terbuka apabila kehamilan berlaku dan kedudukan yang tidak mantap di dinding rahim. Keguguran jenis ini juga berpunca daripada ketidakseimbangan suhu badan, kelemahan darah, muntah yang kronik sehingga memberi tekanan di bahagian ari-ari atau ibu terjatuh dalam posisi yang boleh menyebabkan gugur ugut.

Gugur berlaku dengan keluaran tompokan darah pekat berwarna merah coklat, tanpa rasa sakit. Darah sering keluar setaip kali ibu bergerak. Petua Melayu mengesyorkan ibu hamil mengamalkan air bunga tanjung (lotus) atau herba hiya (artemisia bulgaris) sebagai membantu menghentikan berlakunya gugur ugut. Lazimnya, ibu yang kerap mengalami gugur pada setiap kehamilan disyorkan mengambil air rebusan bunga tanjung sebagai amalan harian untuk memantapkan kedudukan janin dan mencegah berlakunya gugur ugut.

Gugur Bentan

Jikalau gugur berlaku pada kehamilan tiga bulan ke atas, ia dikenali sebagai gugur bentan (inevitable abortion). Keguguran ini akan mengakibatkan tumpah darah. Ibu hamil akan terasa sakit seperti kontraksi di bahagian rahim atau ari-ari sehingga ke cawan muka di bahagian pinggul. Kesakitan ini seakan sakit senggugut yang serius atau sakit bersalin. Kesakitan ini adalah kerana janin telah membentuk dan mengeras, serta disalurkan dengan urat saraf ibu. Tumpah darah yang diikiuti dengan kesakitan ini boleh menyebabkan ibu menjadi lemah sehingga gelap mata atau pengsan. Mengikut ilmu perbidanan Melayu, gugur bentan ini berpunca daripada rahim yang kedudukannya telah lari termasuk ke bawah tulang kajang. Rahim tidak dapat membesar bersama janin. Apabila janin semakin membesar, rahim yang tidak dapat menimbul akan tertekan oleh tulang kajang dan gugur bentan akan berlaku. Perkara tersebut lazimnya berlaku kepada ibu yang biasa jatuh terhempap kuat di bahagian punggung, yang mungkin meyebabkan kecacatan posisi rahim.

Ada juga kejadian gugur gara-gara ibu yang ingin menjarakkan kehamilannya melalui urutan yang tersalah cara. Akibatnya mulut rahim terkalih dari posisi yang bertentangan dengan pintu f***j, sehingga berlakunya posisi yang songsang atau rahim terbenam di dalam salur bawah tulang kajang.

Gugur Sangkut

Dalam gugur sangkut atau gugur tak sepenuhnya (incomplete abortion), tumpah darah yang banyak akan berlaku berlarutan sehingga beberapa hari. Keadaan ini menandakan masih ada baki tisu janin atau tisu uri yang tertinggal di dalam rahim. Rahim akan membengkak dan mulutnya terbuka luas. Keadaan ibu akan kelihatan pucat dan lemah, bahagian ari-ari atau rahimnya tidak boleh disentuh walau dengan cara lembut kerana terlalu sakit.

Jika dibiarkan, lama-kelamaan ibu tidak boleh berjalan lurus kerana terlalu sakit di bahagian tersebut dan sentiasa berbongkok menahan sakit. Adakalanya jika rumah berlantaikan papan, kesan tapak kaki berjalan pun mencetuskan jeritan kesakitan daripada ibu tersebut.

Gugur Sawan Atau Gugur Keracunan

Gugur sawan (septic abortion) berlaku apabila ibu hamil mengeluarkan darah berbau busuk dan mengandungi nanah, yang mana rahimnya dikatakan mengalami keracunan. Keadaan rahim akan membengkak dan mengeras menyebabkan ibu mengalami demam panas yang serius. Demam tersebut boleh membuatkan ibu menggigil sehingga terkancing gigi dan mata berpusar seperti keadaan penyakit tarik.

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, disyorkan pelbagai rumusan herba untuk membantu membersihkan angin dan darah yang keracunan dalam sistem peranakan.

Gugur Bangkai Atau Kecacatan Kehamilan

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, kandungan yang tidak membesar serta janin tidak bernadi menandakan kecacatan kehamilan. Tetapi janin yang mati itu disaluti dengan pendarahan dalaman rahim yang merupakan sebentuk gumpalan isi serta darah.

Keguguran ini berlaku apabila terdapat keluaran ketulan darah beku berwarna merah tua, disusuli dengan cebisan-cebisan isi. Kejadian ini dikenali sebagai gugur bangkai (missabortion). Ibu yang mengalami keadaan ini akan sentiasa pening atau sakit kepala dan loya yang serius.

Gugur Badai Atau Gugur Berulang

Mengikut tafsiran perbidanan Melayu, wanita yang sering mengalami keguguran atau gugur berulang kali, dikenali sebagai gugur badai (recurrent abortion). Wanita tersebut dikatakan mengalami kelemahan rahim, terutama di bahagian leher dan mulut rahim, yang mana anggota itu tidak dapat memegang atau memikul kehamilan dengan kuat.

Setiap kali pergerakan kuat berlaku atau mengalami keletihan yang amat sangat, ibu menghadapi risiko keguguran. Akibat kerap gugur, ibu hamil itu walaupun diberi sepenuh rehat tanpa banyak pergerakan termasuk berjimak, keguguran masih juga boleh berlaku. Mengikut kefahaman lama, ibu ini bermasalah penyakit deria rangsang wanita, iaitu ketidakseimbangan hormon. Penyakit deria rangsang wanita ini dapat menyebabkan pelbagai masalah, satu daripadanya ialah gugur badai.

Gugur Paksa

Gugur paksa atau mengeluarkan janin dengan cara paksa dari rahim telah lama dipratikkan oleh masyarakat berbilang bangsa. Perkara yang terkutuk, bercanggah dengan prinsip kemanusiaan dan diharamkan oleh agama ini masih berleluasa dilakukan dengan pelbagai kaedah, asalkan pengguguran itu berjaya.

Gugur paksa merupakan perkara yang amat sensitif dalam kalangan masyarakat. Perbuatan hina ini bukan topik yang dibualkan secara terbuka, terutama pada zaman dahulu. Sebaliknya kebanyakan keguguran semulajadi yang berlaku diterima sebagai suratan takdir.

Gugur paksa p**a amat dirahsiakan kerana masyarakat Melayu tidak menerimanya walaupun dilakukan dengan tujuan untuk membantu mangsa rogol atau wanita yang dianiaya. Jikalau gugur paksa diketahui ramai, mangsa rogol itu akan dihina masyarakat dan menjadi buah mulut.

Berpantang Sepanjang Masa

Penyakit atau masalah keguguran akan hilang atau sembuh selepas berlakunya kehamilan kembali. Namun, bagi mereka yang keguguran dan tidak hamil lagi, mereka perlu mengawasi pemakanan dengan menjauhi benda-benda yang dilarang sampai bila-bila.

Ini kerana apabila dimakan, walaupun sedikit, mereka akan mendapat kesan sampingan yang akan melemahkan tubuh atau mengakibatkan penyakit bisa otot dan sendi. Apalagi kalau dimakan secara berlebihan, akan menjadi punca penyakit angin pasang atau barah angin. Sebagai mengatasi penyakit akibat keguguran, rawatan dan pemakanan secara tradisional mesti diamalkan. InsyaAllah mereka yang mengalaminya akan kembali pulih ataupun sekurang-kurangnya kesan penyakit tersebut dapat dikurangkan.

Angin Pasang - ialah angin beracun yang juga dikenali angin jahat.

Barah Angin - ialah kejadian gumpalan angin lendir bertoksik yang mengeras dan berlegar di dalam perut.

credit : bidanbersalin.blogspot.my
kak engku

Photos from Cendera Kirana Home Spa's post 01/10/2018

CENDERA KIRANA HOME SPA

Anda tiada masa ke SPA ?
Kami menyediakan perkhidmatan SPA kerumah dgn harga berpatutan .

Hubungi www.wassap.my/60193111869/HOMESPA

23/09/2018

Amalkan .. InsyaAllahhh

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Seri Kembangan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Seri Kembangan
43300