Madu C'Jelita Mall
Berkongsi Rahsia Kesihatan & Kecantikan Nenek Moyang Kita, & Kajian Sains!
Rahsia kulit tegang & muda semulajadi?
Kajian klinikal sahkan amalan senaman wajah membantu menegangkan kulit wajah agar kelihatan awet muda.
senaman wajah bukan sahaja mengatifkan otot dan saraf wajah tapi juga meningkatkan penghasilan kolagen dan elastin pada kulit!
13/08/2025
Anda perasankah ada beberapa produk kecantikan yang popular dihasilkan dari buah ni?
10/08/2025
Tahukah anda, otak kita boleh menghasilkan sehingga 20-25 watt tenaga, cukup untuk nyalakan mentol kecil!
P/s: Tak sangka dalam kepala ada ‘powerbank’ semula jadi!😬
08/04/2025
Lemak Omega-3 membantu mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran ultraviolet-B (UVB)
✅ menghalang kulit dari kehilangan air berlebihan/ kekeringan yang membawa kepada keradangan.
✅ Mengelakkan kerosakan lapisan kulit ke dua (granular), dengan cara mengawal tindakbalas kulit terhadap UVB yang boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan kulit ke-2 (granular).
✅Mengelakkan penghasilan kulit yang kurang matang dengan cara menyeimbangkan penghasilan sel kulit baru di beberapa lapisan kulit secara teratur.
18/03/2025
Lemak Omega-3 membantu mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran ultraviolet-B (UVB)
✅ Omega-3 menghalang kulit dari kehilangan air berlebihan serta keradangan.
✅ Mengawal respon berlebihan kulit terhadap UVB yang boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan kulit ke-2 (granular).
✅Menyeimbangkan penghasilan sel kulit baru di beberapa lapisan kulit secara teratur.
15/03/2025
Dianggarkan 80% serotonin dihasilkan di usus dengan bantuan bacteria baik, yang menukarkan sejenis ASID AMINO (tryptophan) kepada serotonin, manakala lebih kurang 20% dihasilkan oleh otak.
Hormon SEROTONIN sangat penting untuk mengawal emosi manakala serotonin yang bertindak sebagai neurotransmitter membantu mengaktifkan saraf serta otot anda!
Antara masalah/simtom yang berkait dengan kekurangan serotonin sebagai neurotransmitter otot termasuklah sembelit dan GERD, manakala masalah kesihatan yang berkait hormon serotonin yang bertindak sebagai pengawal mood termasuklah kecemasan (anxiety), stress, insomnia, PCOS, jerawat, serta masalah keputihan berlebihan.
Jika anda mengalami simtom-simtom ini, sihatkan usus anda!
https://www.facebook.com/share/p/14pPEUohukF/?mibextid=wwXIfr
14/03/2025
[FAKTA]:
#1️⃣ Membasahkan anggota wudhu membantu melancarkan darah pada kawasan tersebut dan membantu seseorang untuk mendapatkan tidur yang nyenyak (deep sleep).
#2️⃣ Sekurang-kurangnya ada 5 kajian yang diterbitkan, membuktikan membasahkan anggota wudhu sebelum tidur membantu meningkatkan kualiti tidur seseorang.
https://e-journal.fkmumj.ac.id/index.php/IJIPH/article/download/190/134/137
#3️⃣ Dalam beberapa kajian yang berasingan, tidur berkualiti membantu meningkatkan proses pembersihan toksin dari badan serta membantu penghasilan hormon. Keduanya sangat penting untuk elak kerosakan kulit dan penghasilkan sel baru.
https://www.healthline.com/health/sleep/how-sleep-can-affect-your-hormone-levels -and-sleep
#4️⃣ Hormon pertumbuhan manusia (Human Growth Hormon) dihasilkan secara maksimum ketika tidur nyenyak (deep sleep). Hormon ini penting untuk pertumbuhan sel baru dan pembaikan sel yang telah rosak.
04/03/2025
❗️[FAKTA PENTING & MENARIK]:
1️⃣ Suhu Sejuk Tingkatkan Lemak Perang (brown fat): Selepas sebulan dalam suhu 19 °C, lemak perang peserta meningkat 42%, dan aktiviti metabolik lemak meningkat 10%.
2️⃣ Perubahan Sementara: Kesan ini kembali menghampiri paras normal apabila suhu dinaikkan semula kepada 24 °C dan terhapus sepenuhnya pada 27 °C. (Rujuk pada rajah PET/CT pada lampiran)
3️⃣ Lemak perang bersaiz lebih kecil dan mengandungi mitokondria yang lebih tinggi bersedia untuk 'dibakar' berbanding lemak putih.
3️⃣ Manfaat Insulin: Pendedahan kepada suhu sejuk meningkatkan sensitiviti insulin selepas makan.
4️⃣ Hormon Metabolik Berubah: Suhu sejuk memberi kesan kepada hormon metabolik seperti leptin dan adiponektin. Ringkasnya leptin membantu mengawal selera makan, adiponektin membantu meningkatkan sensiviti insulin.
01/03/2025
❗️[5 FUNGSI BAKTERIA BAIK DALAM USUS ANDA]:
1️⃣ Mencerna makanan dan bantu penyerapan nutrisi ke dalam badan.
2️⃣ Menghasilkan hormon termasuk SEROTONIN untuk mengawal stress.
3️⃣ Menguatkan sistem imun untuk melawan keradangan yang merosakkan kulit dan rambut.
4️⃣ Menghasilkan Asid Lemak Rantai Pendek (SCFA) yang penting untuk memelihara kulit dan menghasilkan sel baru.
5️⃣ Memelihara dinding usus dari kerosakan, yang boleh mengganggu penyerapan nutrisi ke dalam badan.
17/02/2025
"[3 MANFAAT KURMA ATASI GASTRIK KETIKA BERPUASA!]"
1️⃣ ANTACID:
- Mineral yang tinggi seperti magnesium dalam kurma ajwa bila larut dalam air akan menjadikan air kurma tersebut menjadi air alkali. Air alkali membantu mengawal asid perut, dan mengelakkan masalah gastrik ketika berpuasa.
2️⃣ BUNUH H.PYLORI:
- Asid amino glutamine dalam kurma membantu membunuh bakteria jenis h.pylori, penyebab lapisan perut menjadi luka. Selagi bakteria ini tidak dibunuh, selagi tu sukar untuk atasi gastrik.
*Sakit yang dialami oleh penghidap gastrik biasanya berpunca dari lapisan perut yang telah luka kesan dari bakteria ini, dan luka tersebut terdedah dengan asid perut.
3️⃣ RAWAT LUKA:
- Asid amino glutamine yang tinggi dalam kurma sangat penting untuk proses menyembuhkan luka dan pembentukan lapisan mukosa perut. Lapisan mukosa perut ini berfungsi memelihara lapisan daging perut anda dari terdedah secara langsung dengan asid perut, yang boleh menyebabkan keradangan/ulcer perut/kancer perut!
P/s: Yang belum ganti puasa, masih ada masa untuk qada puasa anda! 😉
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Shah Alam
