Ekstrak Kacip Fatimah

Ekstrak Kacip Fatimah

Share

Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM Ia adalah ekstrak 100% dan tidak dicampur bahan lain, bukan seperti kebanyakan keluaran lain.

Ekstrak KACIP FATIMAH keluaran UTM adalah bersih, terjamin dan halal kerana UTM mempunyai makmal sendiri dan kajian saintifik telah dilakukan oleh penyelidik UTM dan dipantau oleh Institut Pembangunan Bioproduk, UTM. Jika digunakan dengan betul, insya ALLAH selamat. Ia membantu kebanyakan wanita untuk mendapatkan kitaran haids yang lebih sempurna. Kajian penggunaan ekstrak KACIP FATIMAH telah dija

27/07/2023

Beli 3 Kacip Fatimah PERCUMA STEVIA BERNILAI RM35!

ISTIMEWA UNTUK WANITA-WANITA HEBAT DILUAR SANA! 📢📢📢

KAMI DARI NEEDS VENUE ADA BERITA BAIK UNTUK ANDA! 🥳🥳🥳

SEBAGAI WANITA KITA PERLULAH MENJAGA KESIHATAN DALAMAN DAN LUARAN BAGI MENGEKALKAN KESIHATAN DAN TENAGA YANG BERPANJANGAN

JOM! AMALKAN KAPSUL KACIP FATIMAH DENGAN PAKEJ HARGA YANG ISTIMEWA 😍😍😍

⌛LIMITED TIME ⏳
📆24/07/2023 - 30/07/2023

DAPATKAN PAKEJ PERMAISURI SEMENTARA STOK MASIH ADA
https://www.needsvenue.com.my/products/pakej-permaisuri-buy-3-free-1-

27/07/2023

Tawaran sehingga 30 Julai sahaja!

🎉🎉🎉ISTIMEWA UNTUK PASANGAN SEHATI SEJIWA DILUAR SANA! 🎉🎉🎉

KAMI DARI NEEDS VENUE ADA BERITA BAIK UNTUK ANDA! 🥳🥳🥳

HIDUP BERPASANGAN MEMANG SESUATU YANG INDAH. PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN JUGA BOLEH MEMBANTU PRESTASI APABILA BERSAMA PASANGAN😍😍😍

JOM! BELI JIWA PASANGAN DENGAN PAKEJ SEJIWA PADA HARGA YANG ISTIMEWA 😍😍😍

⌛LIMITED TIME ⏳
📆24/07/2023 - 30/07/2023

DAPATKAN PAKEJ SEJIWA SEMENTARA STOK MASIH ADA
https://www.needsvenue.com.my/products/pakej-sejiwa-buy-4-free-2-

31/05/2023

📢📢LAST DAYI !! LAST DAYI !!📢📢

ISTIMEWA UNTUK WANITA-WANITA HEBAT DILUAR SANA! 🎉🎉🎉

SEBAGAI WANITA KITA PERLULAH MENJAGA KESIHATAN DALAMAN DAN LUARAN BAGI MENGEKALKAN KESIHATAN DAN TENAGA YANG BERPANJANGAN

JOM! AMALKAN KAPSUL KACIP FATIMAH DENGAN PAKEJ HARGA YANG ISTIMEWA 😍😍😍

⌛LIMITED TIME ⏳
📆12/05/2023 - 31/05/2023

DAPATKAN PAKEJ PERMAISURI SEMENTARA STOK MASIH ADA
https://www.needsvenue.com.my/collections/kombo-istimewa/products/pakej-permaisuri-buy-3-free-1-

Photos 24/05/2022

Dapatkan hari ini, stok terhad!

Anda telah cuba pelbagai cara, namun masih belum berjaya?

:( Sudah lama tidak haid (tidak hamil)
:( Haid datang tapi sukar dijangka (tidak stabil)
:( Sentiasa penat walaupun cukup tidur
:( Bergantung pada pil sintetik untuk menurunkan haid

Cubalah Kacip Fatimah formulasi universiti tempatan. Dos yang tepat dan tiada mudarat.
KAPSUL KACIP FATIMAH ( EKF )

✅ Mengatur semula kitaran haid

✅ Mengurangkan keputihan dan lendiran

✅ Merawat kecederaan dan mengecutkan rahim/faraj

✅ Menambah tenaga harian atau selepas bersalin
Hanya ambil sebiji sehari. Ambil 2 biji jika selepas seminggu tiada kesan PMS (pre-menstrual syndrome).

Beli 2 botol untuk bekalan 3 bulan ikhtiar herba. Selepas haid mula menunjukkan kitaran yang tetap, ambil selang sehari sahaja.

Dapatkan EKSTRAK KACIP FATIMAH ( EKF) di website kami
🔗 http://needsvenue.com.my/Product.aspx?sq=4661f106-f239-4e56-a869-c6651f278106

Untuk pembelian melalui kad kredit, sila klik di bawah:
https://mailchi.mp/d844d72c1f98/ekf

Salam Nuzul Quran. Percuma Kurma Safawi dengan pembelian RM200 ke atas 💓💓 18/04/2022

Salam Nuzul Quran. Percuma Kurma Safawi dengan pembelian RM200 ke atas 💓💓 -

Salam Nuzul Quran. Percuma Kurma Safawi dengan pembelian RM200 ke atas 💓💓 Fokus utama ibadah puasa ialah untuk memahami keadaan mereka yang kurang berkemampuan dan kita sesama manusia, wajar membantu mereka yang memerlukan.

LAST DAY! PILIH KOMBO JIMAT ANDA HARI INI! 31/03/2022

LAST DAY! PILIH KOMBO JIMAT ANDA HARI INI! GET 10% OFF & FREE GIFTS!!

Gaya Hidup SIhat atau Mudarat? 25/03/2022

https://mailchi.mp/8d3390f46efa/gaya-hidup-sihat-atau-mudarat

Gaya Hidup SIhat atau Mudarat? Medium digital ini sangat luas, ada yang gunakan untuk menjana pendapatan , menyebarkan ilmu pengetahuan dan macam-macam lagi.

Selamat Hari Wanita Untuk Semua Wanita Hebat di Dunia❤ 08/03/2022

Selamat Hari Wanita Untuk Semua Wanita Hebat di Dunia❤ Wanita merupakan insan yang diciptakan untuk menjadi peneman seorang lelaki. Wanita inilah yang menjadi penyeri dalam rumah kita. Walaupun penat dan lelah yang dihadapi untuk menguruskan urusan dirumah, namun wanita itu masih mampu tersenyum untuk bersama dengan insan tersayang.

Photos 02/02/2022

Cepat, last day!

HARI TERAKHIR KOMBO PROMOSI SEMPENA TAHUN BARU CINA!
[NAK BELI JIWA PASANGAN? HADIAHKAN KOMBO SEJIWA]

Nak usia perkahwinan berpanjangan? Nak rumahtangga sentiasa bahagia dan kemanisan? Beli jiwa pasangan anda dengan melayani pasangan anda selagi mereka masih ada disisi dan hargailah pengorbanan mereka.

Nak beli jiwa pasangan? Dapatkan Kombo Sejiwa. Kombo ini mengandungi Kacip Fatimah Phyto Plus dan Tongkat Ali Plus Capsules. Pasangan suami isteri boleh gunakan produk ini untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri. In shaa allah.

Mana nak dapatkan Kombo Sejiwa ni?

Boleh tekan link dibawah ini:
http://needsvenue.com.my/Product.aspx?sq=0ecb8199-1adc-48d5-a344-5cb7ac64244d&nc=1

Sekiranya anda ingin melihat rangkaian produk kami yang lain, anda boleh kunjungi website kami di:
www.needsvenue.com.my

P/S: Setiap pembelian kombo , akan mendapat Jutebag dan Crunch Munch!

Jangan lepaskan peluang ini. Cepat dapatkan kombo pilihan anda!
Kombo ini akan berakhir pada hari ini !!!! .

08/10/2021

BOLEHKAH MAKAN FOLIC ACID KETIKA HAID?

“Doktor, adakah folic acid boleh diambil ketika haid?

Pil folic acid sudah menjadi sebagai suatu suplemen yang dekat dengan wanita. Bukan saja setakat ketika hamil wanita disaran mengambilnya, tetapi folic acid juga disarankan kepada wanita yang sedang berusaha untuk hamil.

Folic acid adalah sejenis vitamin kompleks iaitu B6 yang dapat digunakan sebagai vitamin kesuburan yang untuk membantu wanita yang sedang hamil untuk meningkatkan sel darah merah jika diambil bersama dengan pil zat besi. Ia juga bagus untuk perkembangan bayi di dalam rahem. Ia juga meningkatkan kesuburan bagi wanita yang ingin mempeunyai zuriat.

Folic acid boleh didapati dari pelbagai sumber makanan seperti kekacang kering, brokoli, bayam dan asparagus.

“Doktor betul ke folic acid ini diambil oleh wanita ketika haid? Bukankah ia akan meningkatkan kesuburan? Saya sedang merancang keluarga dan anak masih kecil. Takut saya hamil pula”

Wanita yang mengambil folic acid sememangnya akan meningkatkan kesuburan mereka tetapi ia bukanlah suatu jaminan di mana wanita yang mengambil folic acid akan lebih mudah hamil dari wanita yang lain. Ini bermakna jika seorang wanita mengalami masalah kesuburan, pengambilan folic acid bukanlah jalan pendek bagi mengatasi masalah ini. Buat pemeriksaan doctor bagi menentukan masalah yang sebenarnya.

Bagi wanita yang sedang haid, pengambilan beberapa nutrient seperti kalsium, magnesium, zat besi, vitamin k, vitamin B 12, dan folic acid akan membantu penghasilan sel darah merah dan menggantikan darah yang keluar sebagai darah haid.

Dos yang disarankan bagi wanita dewasa adalah 400-600 micrograms, bergantung kepada keperluan dan bentuk tubuh.

Jadi kesimpulannya, tidak ada halangan penggunaan folic acid pada masa haid. Ia membantu menghasilkan sel-sel darah merah yang hilang ketika haid. Dos yang biasa digunakan antara 400-600 microgram untuk sehari.

Semoga bermanfaat.

07/10/2021

TIADA HAID (AMENOREA)
Amenorea bermaksud tidak datang haid (menstruasi). Kebanyakkan (bukan semua) disebabkan ovari tidak mengeluarkan telur (anovulation). Dalam kebanyakan kes, ia berlaku di kalangan remaja perempuan sebelum dewasa, semasa mengandung, ibu menyusukan bayi atau menopos. Ini adalah normal dan dipanggil Amenorea secara fisiologikal.

Oligomenorea adalah keadaan merujuk kepada haid yang tidak tetap, biasanya diantara 2 hingga 6 bulan sekali dan pendarahan mungkin dalam jumlah yang sikit tetapi boleh juga berpanjangan.

Amenorea primer ialah kegagalan menstabilkan kedatangan haid. Ia dikategorikan sebagai tidak normal, jika remaja perempuan tiada perkembangan fizikal secara seksual pada usia 14 tahun, atau remaja yang normal perkembangan fizikal dan seksualnya tetapi tidak datang haidnya pada umur 16 tahun. Amenorea primer hanya berlaku kepada kira-kira 3 remaja dalam per 1000.

Definasi amenorea sekunder adalah haid yang tidak datang berturut-turut selama 6 bulan bagi wanita yang kedatangan haidnya biasanya tetap setiap bulan. Amenorea sekunder mungkin disebabkan masalah ginekologi atau pertukaran fisiologi seperti jika mengandung atau mencapai menopos.

Amenorea sekunder berlaku kepada 3% remaja perempuan. Lebih 50% wanita pelari jarak jauh dan lebih dari 44% kalangan penari balet mungkin mengalami amenorea sekunder disebabkan aktiviti fizikal yang keterlaluan dan terlalu kurus.
TANDA DAN GEJALA
Banyak penyebab kemungkinan berlaku, termasuklah:

1. Senaman yang melampau biasanya di kalangan ahli sukan – atlet.

2. Kurang berat badan yang teruk – masalah pemakanan seperi anoreksia dimana BMI (berat dalam KG dibahagi dengan ketinggian dalam M²)
kurang daripada 19 (kadar normal adalah 20 hingga 25 kg/m².

3. Tekanan perasaan yang teruk dan gangguan pada emosi

4. Gangguan kepada ovari untuk mengeluarkan telur

5. Pengambilan pelbagai jenis ubatan

6. Kesan sampingan apabila berhenti mengambil pil atau suntikan perancang keluarga

7. Sindrom Polisistik ovari iaitu keadaan terdapatnya multilple cysts pada ovari, mandul, obesiti dan gangguan hormon.

8. Penyakit yang lama dihidapi, atau aktiviti kelenjar tiroid yang kurang atau lebih

9. Hormon yang mengawal ovulasi dan haid yang dikeluarkan oleh kelenjar hypothalamus pada paras luarbiasa (yang seterusnya mengawal kelenjar pituitary).
Sebab lain amenorea termasuk :
1. Tiada va**na atau rahim atau keduanya semasa lahir

2. Selaput dara yang menutup va**na keseluruhannya

Terdapat kes yang jarang berlaku di mana jantina sebenar kanak-kanak masih tidak dapat ditentukan kerana organ ge***alnya tidak terbentuk dengan baik semasa lahir.
DIAGNOSA
Ia bergantung kepada keadaan dan sebab berlaku. Bergantung kepada umur dan sejarah, selalunya ujian kencing untuk menentukan kehamilan adalah langkah pertama yang perlu diambil sebelum meneruskan dengan penyiasatan yang lain.

Mengambil sejarah yang penuh, seperti sejarah keluarga, pekerjaan dan sejarah aktiviti, sejarah aktiviti seksual, gangguan emosi, perubahan berat badan dan sejarah perubatan lepas.

Walau bagaimanapun, untuk menentukan hasil diagnosis pemeriksaan penuh sakit puan dan pelbagai ujian perlu dilakukan. Ujian ini termasuklah ujian darah untuk mengenal pasti paras pelbagai hormon. Ujian Fungsi tiroid mungkin diambil. Analisis kromosom perlu jika terdapat kesangsian jantina.

Ultrasound, tomografi berkomputer (CT Scan) atau imbasan MRI akan menunjukkan sebarang keabnormalan alat kelamin.
RAWATAN
Rawatan akan bergantung kepada penyebab berlakunya Amenorea.

1. Amenorea berkaitan dengan senaman akan bertindakbalas kepada pengubahsuaian program senaman itu sendiri dan dengan memberi perhatian kepada pengambilan diet dan penjagaan berat badan.

2. Amenorea yang berkaitan dengan berat badan perlu diuruskan untuk mendapatkan berat yang normal dan bantuan pskiatrik mungkin diperlukan bagi mengatasi masalah gangguan emosi.

3. Dalam kes di mana organ ge***al tidak terbentuk dengan sempurna , mungkin pembedahan di perlukan

4. Bagi kes sindrom Polisistik ovari tindakbalas boleh berlaku dengan penurunan berat badan dan sekarang insulin-sensitising agen seperti metformin boleh digunakan. Kekurangan hormon tiriod boleh dirawat dengan menggunakan hormon (thyroxine).

5. Selaput dara yang menutup va**na keseluruhannya memerlukan pembedahan.

6. Wanita yang mengalami amenorea sekunder disebabkan oleh sindrom polisistik ovari mungkin memerlukan mengambil ubat hormon progestogen untuk kira-kira sepuluh hari setiap bulan atau mengambil pil perancang untuk mendapt kitaran haid yang normal. Ini diperlukan untuk memastikan lapisan dalam rahim atau ‘andometrium’ tidak menjadi terlalu tebal dan menyebabkan masalah ‘endometrial hyperplasia’.

7. Wanita yang mengalami kegagalan ovari awal atau ‘premature menopos’ mungkin perlu mengambil hormon sehingga paling sedikit sehingga umur 50 tahun. Ini untuk mengelakkan gejala osteoporosis.

8. Wanita dengan gejala oligoamenorea atau menorea sekunder dan ujian hamil, perlu berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mendapat rawatan yang sewajarnya.

16/09/2021

TIPS MUDAH MENGIMBANGKAN SEMULA HORMON DALAM TUBUH WANITA

Ramai wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon hingga menyebabkan kitaran haid tidak menentu, emosi yang tidak stabil, rambut keguguran, kulit menjadi berkedut dan kering, muka menjadi kusam dan mudah rasa penat.

Pengambilan pil hormon tidak membantu kerana ia hanyalah suatu langkah bersifat sementara. Apabila berhenti pengambilan pil hormon, kita mengalami masalah yang berulang yang sama.

Yang terbaik adalah kita membantu tubuh kita mencapai keseimbangan ini dari dalam tubuh.

Selalunya bila kita bercakap tentang ketidakseimbangan hormon, tahap hormon estreogen yang terlalu tinggi.

Estrogen adalah hormon yang bertanggungjawab terhadap ciri ciri kewanitaan seperti keanjalan kulit, menstabilkan emosi, menjaga kesihatan rambut, kitaran haid yang tetap, kekuatan wanita, selain penting dalam mencegah penyakit seperti kerapuhan tulang, sakit jantung, dan dementia.

Antara langkah yang boleh dilakukan :

1. Kurangkan pendedahan terhadap bahan kimia sintetik seperti pencuci lantai, kosmetik seperti gincu, losen siang/ malam, serum muka, 'personal care' seperti sabun mandi, deodoran, baja kimia dan racun serangga. Pastikan kita memakai sarung tangan jika penggunaannya tidak dapat dielakkan.

2. Kurangkan lemak berlebihan dalam badan dengan menurunkan berat badan. Tisu tisu lemak pada tubuh juga penting tetapi jangan berlebihan kerana ia mengundang pelbagai masalah kesihatan.

3. Tambahkan dan pelbagaikan sumber protein dan lemak sihat dalam hidangan. Tanpa protein yang mencukupi kita mungkin akan berasa cepat lapar dan ini akan menyebabkan kita ketap makan dan bertambah berat badan. Protein yang sihat seperti ikan, telur dan ayam juga penting untuk kesihatan rambut, pembinaan otot dan merawat tisu yang rosak. Lemak sihat seperti minyak zaitun dan minyak kelapa dara.

4. Membantu proses perkumahan toksin dengan mengamalkan banyak sayur-sayuran dan buah buahan atau makanan yang disebut sebagai Quranic Food seperti minyak zaitun, buah teen, buah delima, anggur, pisang dan kurma. Ia mengandungi cukup mineral, vitamin dan antioksida.

5. Elakkan penggunaan gula putih atau sebarang gula tambahan dalam minuman dan makanan.

6. Tambahkan sumber vitamin E, vitamin C dan vitamin D dalam makanan. Vitamin D dapat ditingkatkan dengan pendedahan selama 10-15 minit setiap hari pada sinaran matahari yang tidak terik. Dalam banyak kajian, mereka yang kekurangan vitamin-vitamin ini walaupun cukup makan, akan mudah mengalami obesiti, sindrom metabolik dan sesetengah kanser. Pengambilan suplemen vitamin yang bersesuaian mungkin membantu menambahkan sumber vitamin untuk tubuh kita.

7. Pastikan makanan kita mengandungi mineral yang penting seperti magnesium, zinc, selenium yang mencukupi. Ia penting dalam keseimbangan hormon dan merangsangkan metabolisme tubuh.

8. Dapatkan tidur yang mencukupi, kawal stress, lakukan senaman ringan dan cukup minum air kosong.

Semoga bermanfaat.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Skudai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Skudai
81300