Rawatan Islam Nur Syifa
Kami Ikthiar/Usaha dengan Izin ALLAH
Hakikat Kesembuhan Milik ALLAH
11/11/2022
Telah menghadap PENCIPTA " Permata Bumi Kedah" sebentar tadi. PAKSU pernah pesan kalau dengar beliau sudah takda, PAKSU minta kita hadiahkan 3x surah al ikhlas kepadanya. Al fatihah di hadiahkan kepada Al Marhum PAKSU MID ( dibaca)
Semoga rohnya dihimpunkan bersama para anbiya dan orang orang soleh 🤲
03/11/2022
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد💚
Assalamualaikum Sahabat² Yang dimuliakan ALLAH 🤲🏻
In Shaa ALLAH malam ni rawatan berjalan seperti biasa..
Seandainya ada yang berhajat bole lah hubungi sebelum hadir..
Kita Ikthiar , Kuasa Mutlak dan kesembuhan Milik ALLAH AZZA WAJALLA 💚🤲🏻
23/10/2022
بِسْمِ الله مَاشَاءَ الله
Bismillahi masya Allah
Artinya: "Dengan menyebut nama Allah yang segala sesuatu terjadi atas kehendak dan kuasa-Nya."
-Kisah Mistik Alam Melayu (kisah 6 )-
(Pengamal Ilmu Kuat *****)
Kisah terjadi dalam lingkungan 2tahun yg lepas, mcm biasa setiap malam selepas mgrib kami akan berkumpul bersama jemaah di pusat rawatan, sambil menunggu pesakit Yang hadir, ada Yang datang telah membuat temujanji, ada p**a yg datang secara (walk-in) semuanya kami terima asal kan sanggup menunggu giliran masing²...
Rawatan kami mulai seusai solat magrib dalam lingkungan jam 8 malam, selalu jam 8.30 malam sudah mulai ramai pesakit Yang menunggu.
Mcm biasa kami teruskan rawatan ,setelah hampir 2 jam kami merawat pesakit Yang datang secara bergilir gilir mengikut giliran, terpadang disudut jendela.. Sosok seorang lelaki berpakaiaan kemas, memakai topi dengan seorang rakan nya Yang berbadan gempal..
Dari zahir tidak nampak sebagai pesakit..Dari sudut pandangan "kasar" nampak sihat dan ceria sahaja,
Tak apelah, mgkin jemaah luar mahupun sahabat² luar datang untuk ziarah kot ."bisik kami..
Selalu nya, bila Hari Yang tiada rawatan ,sahabat² luar atau jemaah² lain akan datang Ke teratak kami untuk berbual, berkongsi ilmu dan pandangan masing²... Kami menerima sesiapa sahaja Yang hadir untuk bersilaturahim..
Setelah selesai rawatan pesakit Yang lain, tiba lah giliran lelaki tersebut..
Assalamualaikum"
Waalaikumusalam.. Jemput masuk bang "jawab kami..
Apa hajat bang?
Dia kenal kan diri nya, nama nya ****** ,tinggal disekitar sini juga...
Maaf bang sy tak cll dulu sebelum Mai,
Tak apa... Kami terima sahaja siapa Yang dtg, cuma kalau ramai Kenapa sabar lah menunggu.. .
Apa hajat abg ye? Tanya kami sekali lagi,
Wajah nya tampak resah, mimik wajah nya telah menunjukan Yang dia punyai masalah... Kini wajahnya Yang ketika tadi nampak tenang berubah seperti ketakutan umpama melihat harimau di depan Mata... Pucat lesi dan berpeluh membasahi wajah.
Dia masih tidak menceritakan apa Yang berlaku,
Zippppppp, dia membuka beg silang yg dipakainya, dan mengambil sebotol minyak kecik didalam nya lalu menyerah kan pada kami...
Kami mengambil minyak tersebut, dan mengenggam sambil membaca beberapa ayat suci Al Quran, energi / signal negatif sudah mula di rasai, dan kami tahu apa kegunaan minyak INI, cuma untuk menyakin kan lagi kami meminta empunya tubuh bercerita..
Begini bang, saya malu nk cerita... Tapi sy Kena juga cerita.. Sy dah tak tahan sangat dgn semua ni..
Saya baru sahaja berkawin, lebih kurang 8bulan... 2 bulan awal perkahwinan kami melalui nya dengan bahagia tanpa sebarang masalah sehingga lah saya tersilap langkah membuat keputusan kononya untuk nampak "hebat" dimata isteri..
6bulan Yang lalu, sy mengambil minyak ini Dari seseorang, (dirahsiakan),disebabkan saya mengalami lemah syahwat (tenaga batin)... Minyak ni sy pakai hampir 6 bulan, dan ada mantera yg saya sulami ketika memakai minyak INI seperti mana Yang telah tuan nya beri..
Namun, selepas pada tu, saya mula tertekan... Nafsu serakah tidak mengira waktu, syahwat bergelora, sehingga kan isteri saya tidak tahan lagi dgn kehendak nafsu saya Yang serakah...isteri sy mula rasa tertekan Dan takut kerana sering Kali dia melihat kelibat sy dirumah,sedangkan wktu tersebut saya bekrja .sehingga dia berangapan saya membela "hantu raya".dan paling membuatnya tertekan tiap Kali nafsu Itu datang hampir 5-6 Kali dia perlu melayan nafsu jahat ni, dan lepas pada Itu dia ambil keputusan untuk keluar Dari rumah dan p**ang tinggal bersama adik nya dek kerana berasa kecewa dan tertekan dgn perbuatan sy... Sampai lah satu malam tu, sy bermimpi didatangi sosok lembaga berbulu lebat, hitam dgn Mata merah menyala datang menyuruh sy membuat "sajian" untuk nya... Lembaga tersebut menyuruh sy menyiapkan seekor ayam hitam(ayam cemani) Yang disembelih Dari arah belakang tengkuk dan darah nya dijamu pada lembaga tersebut setiap malam jumaat.. Setelah saya sedar Dari mimpi tu, sy anggap ITU hanya mainan tido, namun Dari situ lah sy mula diganggu kerana tidak memenuhi kehendak lembaga tersebut..
Saya malu untuk keluar rumah, kerana bila mana sy bertemu dgn orang² diluar,tidak Kira lelaki atau perempuan Yang sy temui, secara tiba² kema*uan sy akan mengeras sehingga sakit Yang amat sangat, bila malam tido sering Kali saya mimpi bersetubuh sehingga kan keesokan Hari bila bangun tubuh saya lemah..
Kadangkala, org sekeliling saya tidak mahu berkawan dgn sy, ada Yang ckp bau saya busuk, wajah saya hitam, Yang paling mengaibkan bila kemalu*an sy sering Kali mengeras bila berhadapan dengan siapa sahaja... Perkara ITU buat saya malu,dan takut.. Sehingga kan terpksa sy berhenti bekerja kerana tidak tahan dgn p**auan dan kejian rakan sekerja.. Dan saya sekarang benar² menyesal dan ingin kembali bersama isteri saya, saya amat merinduinya (menangis teresak esak)
Baik lah, kami ikthiar Bantu.. Tapi abg kena janji dan benar² tekad dalam hati untuk berubah dan melepaskan semua amalan² khurafat sy abg pernah lakukan ni.... Bertaubat sungguh² dan mohon ALLAH ampun kan dosa² abg, dan janji dgn ALLAH tidak akan mengulangi lagi... Kami membiarkan dia berseorang didalam bilik hampir 20minit untuk menyelesaikan hutang dosa antara Hamba Dan RABB NYA..(solat taubat)
Setelah Itu kami masuk semula, dan melihat wajah nya penuh keinsafan dan penyesalan, air Mata mengalir dipipi masih lagi tidak kering..
Baik lah abg.. Mari kita mulakan..
Duduk atas sejadah ni, syahadah 3Kali dan selawat tiga Kali, pejam Mata rapat²..ikhlas hati lepaskan semua nya..
Bismilllah.... Rawatan dimulakan dengan bacaan Ayat Suci Al Quran... Secara tiba² kemalu*n nya menengak mengeras Yang amat sangat sehingga dia menjerit kesakitan, kami bisik padanya "lawan abg kita nk tarik benda ni, nk putuskan amalan yg dah sebati dgn abg".. Dia hanya mengangguk tanpa mengeluarkan sepatah kata pon kerana kesakitan Yang amat sangat..
Tiba² seluruh tububnya mengeluarkan peluh Yang amat busuk, seakan akan bangkai bau nya.. Peluh Yang keluar itu berwarna sedikit hitam ,lalu dgn beberapa ayat dibacakan ... Dan akhir sekali ayat Dari Surah Al isra' ayat 81 kami bacakan.
وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا ﴿٨١﴾
: Waqul jaa alhaqqu wazahaqa albatilu inna albatila kana zahooqan.
Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
Maka direntaplah segala ilmu dan pengisiaan khadam Td Dari jasad nya....lalu dipasak dan dikunci..
Lalu pesakit tersebut muntah berulang Kali, sehingga lah ia sedar kembali dalam keadaan yg agak lemah..
Selesai lah amanah pada Itu... Lalu mcm biasa pesakit dibekalkan dengan air penawar dan mandiaan limau sebagai asbab untuk memulihkan jasad & rohani nya..
Peringatan bersama : Jangan Tertipu dengan kenikmatan dunia, sehingga kan kita tidak menghiraukan antara Yang Hak Dan Batil sehingga kan sanggup bersahabat dgn jin hanya semata² untuk mendapatkan Kenikmatan Syahwat Yang hanya bersifat sementara dan akhir nya memakan diri..
Islam Agama Yang Sempurna ,segala permasalahan telah pon diajar Cara penyelesaian nya berpandukan Al Quran & Sunnah,maka pilih lah jalan Yang diredhai NYA... Untuk Masalah "Senjata Kelakian" ada Cara dan penawar Yang harus dan Dibenarkan disisi Islam.. Maka cari lah penawar tersebut dgn mengunakan kaedah Yang tidak bertentangan dgn hukum hakam agama dan bukan lah dengn Cara bersahabat dgn jin..
***sumber asal cerita dari guru, diceritakan kembali oleh (admin) untuk sumber bacaan sahabat muka buku 🙂
Moga memberi manfaat buat kita semua..
Wa Allah hu'Alam 💚☝️
17/10/2022
IN SHAA ALLAH Rawatan akan bermula sebentar lagi,
Hari Isnin Selalu Pesakit Akan ramai datang.. Disebakan sabtu ahad kami bercuti, dan tunda Ke Isnin..
IN SHAA ALLAH, MOGA ALLAH REDHA pada kami 🤲🏻💚
17/10/2022
بِسْمِ الله مَاشَاءَ الله
Bismillahi masya Allah
Artinya: "Dengan menyebut nama Allah yang segala sesuatu terjadi atas kehendak dan kuasa-Nya.''
-Kisah Mistik Alam Melayu (kisah 5)-
(KHAZANAH ALAM GHAIB)
Penhujung 2021, kisah ini tidak lah agresif Sgt, hehe
Tapi sebagai pengajaran dan pedoman rasanya sesuai juga untuk saya kongsikan di Lama muka buku.
Hujan gerimis, jam menunjukan 9.50 malam, malam ni pesakit tidak lah ramai seperti selalu, dan Alhamdulillah, selesai dalam waktu Yang singkat, adalah peluang untuk rehat awal skit malam ni.. sebelum tim kami p**ang Ke teratak masing²...Macam biasalah kopi Che nah dgn biskut lutut mmg peberet kami lah tambahan p**a hujan renyai² ni di sulami p**a dengan secawan kopi dan lagu reggae (macam lagu lah p**a) hehe... Memang layan beb.. Sedang enak menghirup kopi hitam pekat tersebut...
Vvvrrrommmm.... Berhenti sebuah kereta jenis Proton Persona berwarna putih (kalau tak silap)
Eehh sapa p**a tu, baru nk punch card balik... Haha
Bergurau sesama kami, maka turun lah 2 orang lelaki ala² pelakon Bollywood, kulit sawo matang berbadan tegap mcm 'Arnold schwarzenegger'... Hehe
"Assalamualaikum bang"
Waalaikumusalam, jawab kami sambil tangan memegang biskut lutut Yang baru dicicah separuh..
Ye bang, apa hajat nya??
Maka bersalam sesama kami sebelum memulakan bicara..
Kata salah seorang Dari lelaki tersebut,
Kami datang Dari Ipoh, ada hajat bang, maaf sbb tak hubungi dulu sebelum datang, kebetulan ada urusan di Taiping terus singgah di tempat rawatan abg..
(Bicara lelaki tersebut dengan sifu kami)
Ehh tak pe silakan, abg tetamu kami, sudah pasti kami raikan..
Jom² masuk Ke bilik rawatan, dalam ada kipas selesa sikit kalau nak berborak... Luar banyak nyamuk..
Duduk lah bang, maaf bilik kami ni kecil skit.. Hehe
Takpe, kami datang sini bawak kawan..
Kawan?? Tanya kami..
Haah kawan??
Ouh dia dalam kereta tak bole jalan, Kena pimping ..
Kawan strok Ke?
Eh tak lah... Bukan strok. Panjang ceritanya, macam ni baru² ni kawan saya ada bawa balik Batu² permata, ketulan tembaga dan satu kitab kecil, katanya di ambil disebuah hutan Yang berhampiran nya ada air terjun (lokasi dirahsiakan) .
Oke baik, sapa bagi kat dia? Tanya kami
Kedua dua lelaki tadi terdiam sebentar, memandang satu sama lain, macam ada sesuatu Yang Cuba di sembunyikan..
Abg berdua cerita, baru kami bole Bantu.. Kalau tidak maaf tak bole lah nk Bantu..
Baik lah, begini.. Kawan saya ni dia memang minat Sgt barang² mistik ni, keris ,kerambut, Batu² cincin b*k dia simpan... Bak kata org dia ni memang s**a pi tempat² Yang berpenunggu, habis semua "ditariknya"..
Dasyat! Hehe ujar kami..
Tapi Kali ni lain skit, lepas saja bawa p**ang barang² Yang kami sebut kan tadi tu, dia terus nampak perubahan selepas 3 Hari Dari tu, pada mula nya tak lalu makan.,selepas tu dia megadu sakit² badan.. Selang seminggu terus tak bole nk bangun.. Bila malam dia kata dok mimpi benda nak Mai cekik dia, abis menjerit dengar satu rumah kalau dia mengigau tu.. Ouh lupa bagitahu, kami ni tinggal dirumah bujang sekali, sebab tu kami berdua tahu perubahan nya Dari Hari Ke Hari... Hospital dah pi, doktor pon hairan dan tak tahu puncanya... Sebab tu kami pilih nk ikhtiar Cara kampung p**a (rawatan Islam)
Tak apa lah kalau mcmtu, ambil kawan bawa masuk bilik...
Selepas pada Itu, masuk lah seorang lelaki dgn keadaan yg lesu dipimping rakannya, kulit wajah nya putih, tinggi tapi keadaan nya nampak agak lesu..
Baik Mari kita mula ,
Bang barang tu ada bawak tak?
Ada² ,nah.. (Bungkusan kecil Yang terdapat barang² yg disebut tadi)
Duduk atas sejadah ni, menghadap kiblat .. Kita Cuba scan...
Pada permulaan tiada apa² respon Dari pesakit bila diruqyah..
Maka, sepotong Ayat Suci Al Quran Dari surah Al Baqarah - ayat 148 dibaca sebanyak 3Kali (dengan niat untuk melihat empunya tuan barang)
اَيْنَ مَا تَكُوْنُوْا يَأْتِ بِكُمُ اللّٰهُ جَمِيْعًا ۗ
Di mana saja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya.
Maka, dgn izin NYA muncul lah sosok tubuh lagak seperti panglima..
Kenapa kau ganggu dia?? - perawat
Dia ganggu tempat aku, dia tak ada adab?? -jin
Dia bukan nampak hang pon kat situ? - perawat
Dia curi barang aku tanpa izin!! Aku sakit hati aku buat dia sakit.. -jin
Tak Pa Lani aku p**a bagi hang sakit? Hang nak. Tak? -perawat
Merenung tajam -jin
Mcm mana nk test ka?hehe -perawat
Aku nak balik barang aku (mula slow) - jin
Tak apa barang ni aku simpan -perawat.
**********
*********
*********
********* (dialog panjang / penat nk tulis) 😂
Bicara terus bermula ,hampir 10minit, dgn kaedah² tertentu baru lah Si jin tu bersetuju untuk melepaskan pesakit tersebut dgn syarat pesakit tu tidak lagi datang menganggu tempat nya.. Setelah selesai semuanya,
Kami bekal dgn air mandian dan minuman serta 9biji limau nipis yg telah di ruqyah, sebagi mandian dan minuman pesakit nanti selama 3hari..
Maka selesai lah amanah malam ni..
Selang seminggu selepas tu, pesakit menelifon kami dan memaklumkan dia dh mula sembuh dan sihat serta sudah bole bekerja seperti biasa..Alhamdulillah..
Pengajaran disini, jaga lah hubungan sesama makluk ,walaupun dengan Jin,kerana setiap makluk yang ALLAH ciptakan dimuka bumi ni masing² ada "Hak" ..Jangan lah kita sebagai manusia menjadi sombong dan tamak sehingga kita menzalimi sesama makhluk..
Hablum Minallah (حَبْلٍ مِّنْ اللَّهِ)
Hablum Minannas (حَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ)
Hablum Minal 'Alam
"Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)” (Q.S. Ar Rum:41).
Sumber cerita dari kisah Yang benar, diceritakan kembali oleh (admin) untuk sumber bacaan sahabat muka buku 🙂
Moga memberi manfaat buat kita semua..
Wallahu a’lam 💚☝️
14/10/2022
بِسْمِ الله مَاشَاءَ الله
Bismillahi masya Allah
Artinya: "Dengan menyebut nama Allah yang segala sesuatu terjadi atas kehendak dan kuasa-Nya.''
-Kisah Mistik Alam Melayu (kisah 4)-
(BUSONG)
Kisah Ini telah berlaku beberapa tahun yang lepas,namun peristiwa dan pengalaman dari kisah ni agak menarik bagi kami , rasa nya s**ar untuk dilupakan..
Macam biasa lah.. Waktu siang ni Tim kami semuanya melaksanakan kerja hakiki mencari rezeki, waktu siang semua ada urusan masing² ,hanta ank sekolah, bawa bini beli ikan mcm² lah.. Heheh.. Dan mcm biasa rawatan selalu dilakukan waktu malam selepas magrib..
Tapi pagi ni lain sikit suasana nya, suasana tenang.. Angin meniup sepoi² bahasa kata kan... Kring kring kring (telefon berbunyi...) Saya dapat pangilan Dari nombor Yang tidak dikenali..
"Assalamualaikum"... Panggilan Dari seorang perempuan, yg lunak suaranya dalam lingkungan awal 20an..
Waalaikumusalam.. Ya saya, apa bole Bantu adik?
Saya *******(nama dirahsiakan) nk mintak bantuan, kakak sulong saya sakit..
Sakit apa tu? Tanya saya
Tak tahu lah, dah hampir 4 bulan dh, pergi hospital cek tak ada apa... Tapi kerap Kali dia mengadu sakit di bahagian perut.. Bila menjelang mgrib perut nya kembung..
Mcm Kena busung kata org!!!
Kes berat ni"bisik hati.
Tak apa IN SHAA ALLAH Kami usaha ikhtiar jika di Izin ALLAH.. Kami ni tak pandai pun.. Tapi sekadar nk membantu atas izin ALLAH tu.. IN SHAA ALLAH.. Waktu siang kami xdapat datang lah sebab bekerja
Kalau berhajat juga malam lah kami datang...
Bole² kami sanggup tunggu...katanya
Bole kami dapat kan lokasi?..
Saya tinggal dirumah ayah, di Cherok Tok Kun...
Nahhhhh jauh jgk tu, Tim kami dari Taiping.. Tapi tak apa kami usaha datang jgk... Tapi lewat skit lah sampai.. (Dalam hati, smpi Sana bole try Nasi kAndaaqqq.. Nahhh) hehe..
Tak apa, kami sedia tunggu.... Tapi berapa yaa cas bayaran??
Ouh bayaran kami tak letak pon, rawatan kami ikhlas hati je, kalau tak mampu jangan bagi... Kami ikhlas Bantu.... Tapi..
Duit minyak perjalanan tu je lah Yang kami mintak untuk modal kesana...
(Maklum lah tengah bulan 😂) bergurau dengan nya supaya kerisauan tidak menganggu jiwa nya..
Tak apa tak apa, sy paham , IN SHAA ALLAH... Nty sy wasap lokasi rumah yaa.. Ujar dia..
Baik.. IN SHAA ALLAH... Balas saya..
Jam menunjukan 6ptg.. Kami ambil keputusan untuk bergerak awal.. Bimbang kesesakan jalan nty, lambat p**a sampai...
Seusai solat magrib berdekatan Sana, kami terus bergegas menuju Ke rumah nya... Jam 8.20 malam tiba lah kami kerumah nya..
Macam biasa² , sebelum mula rawatan kami borak² lah dlu, sempat juga Tanya "nasi kandar power sini di mana"hehe... Mana tahu balik kejap lagi bole try...
Setelah 5 minit berborak kosong, baru lah Salah seorang tim kami memula kan bicara, menanyakan apa Yang berlaku sebernanya..
Macam ni, kakak sy ni dah hampir 4bulan sakit selepas pemergian arwah ayah, hospital dah check ,doktor bagitahu tak ada apa pon sakit .. Tapi Tiap Kali lepas asar sehingga azan mgrib perut nya membuncit sedikit Demi sedikit sehingga timbul urat²...kesian tgok meraung sakit.. Selesai shaja wktu mgrib.. Perut dia mengempis seperti asal...
Saya buntu lah apa Yang berlaku... Dan dapat nasihat Dari kawan² suruh ikthiar perubatan Islam p**a, bimbang terkena busung katanya.
Kami 5 beradik.. Kakak sy ni Yang sulung...
(Kami masih tidak melihat wajah kakaknya, kerana dia berada di dalam bilik)
Setelah info kami dapat, kami meminta izin untuk melihat kakaknya.. Kakak nya keluar Dari pintu bilik dan menuju Ke ruang tamu... Diam tak banyak bicara, hanya jawab bila di Tanya sahaja..
Tak apa lah... Kita ikthiar lah moga ALLAH memudahkan.. Kami ni tidak lah pandai.. Tapi IN SHAA ALLAH kami Bantu sekadar Yang mampu.. Kata sy pada mereka..
Ambil kan sejadah, dan pakai telekung.
Kami nak mula rawatan...
Bismillah, (mula membaca beberapa potong ayat suci Al Quran)..
Tiba²!!!
Kakak nya meraung kesakitan, perut Yang kempis tadi kembali mengembung seperti ibu mengandung 9 bulanperhh real beb... Terkejut juga.hehee
Setelah Ruqyah dia baca, baru lah perut nya kembali kempis.... Lega ..
Tiba²....
Aduihhh. Sakit... !!!!"
4 orang adik² Yang perempuan tadi, menjerit sakit.. Secara tak di sangka perut Ke empat² Yang tadi mengembung kecuali kakak Yang sulong...
2 orang Dari tim kami cuba Bantu untuk menyelesaikan . Alhamdulillah, kembali kempis perutnya... Keadaan menjadi tenang kembali..
Didalam tim kami, ada dua org Yang telah kami angap mereka sebagai abg kami sendiri,Yang mana mereka berdua ni lah Yang menjadi "sifu@guru kami, Yang banyak mengajar kami berkaitan "perubatan dan petua"..mcm biasalah sifu² duduk ditepi dan biarkan kami ank buah nya selesai kan dlu...
Hehe..
Selepas Itu, abg kami mula bersuara, ada tak Kena ni!! Bukan Kena sihir busung... Tapi lain!
Kami Cuba melihat diluar dimensi(hehe) , dan terbayang sosok tubuh Yang senja, sedang mengubati seseorang Yang sakit.
Terus kami bertanya, Arwah ayah dulu berubat orang Ke.. ???
Salah seorang Dari 4 beradik tadi menyahut, yaa! Arwah pandai berubat... Tapi Yang kami lihat kepakaran arwah ayah adalah dalam mengubati pesakit busung.. Ramai org terkena busung jumpa ayah.. Tapi tulah lepas pemergiaan ayah kami p**a Yang jadi busung.. Menangis kesedihan merindui arwah ayahnya..
Tak apa kak, sedekah Al fatihah padanya..
Ada tak apa² peninggalan arwah yg disimpan?
Kakak nya Yang sulong menjawab.. Ya ada! Kakak nya yg lesu TD berusaha bangun masuk Ke dalam bilik dihujung dapur untuk mengambil sesuatu..
Nah.. Ni lah barang nya.. Sebuah beg kecil... Yang kami belum tahu isinya..
Bismillah.. Perlahan lahan kami bukak, (belum sempat bukak) hehe
Arrrrr arrrr.. Errr err err.. Kedengaran dengusan seperti harimau yg garang ..rupanya adik ketiga nya dirasuk makhluk tersebut... Mula lah kami bertanya pada jin tersebut..
Tim: sapa kamu?
Jin: aku lah panglima Si *********
Tim: aku tak mau tau, hang panglima ka apa ka, bukan urusan aku semua tu..
Yang aku nk tahu apa urusan kau dgn keluarga ni..
Jin: aku lah pembantu pada ayah nya dahulu, disebabkan ayah nya dah mati, aku mencari waris.. Tpi dia tak ada ank lelaki.. Maka aku ganggu semua waris perempuan nya!!! Jerkah Si jin tu..
Tim: hang bantu dia apa dulu? Jerkah kami p**a..
Jin:aku Bantu dia ubati sakit busung, aku khadam dia... Aku duduk didalam tuuuuu(bungkusan Yang belum kami buka)
Tim:kami mula bukak bungkusan, didalam nya terdapat Kain kapan mayat(masih ada kesan tanah), paku, lada hitam sembilan biji dan beberapa barang yg perlu dirahsiakan..
Jin:dulu dengan barang ini lah aku diseru dan diberi makan. Sekarang aku dibiarkan.. Aku cari waris!!
Tim:(malas nak layan) zassssss terus diberi pengajaran.. Lebih 10minit juga berlaku pertarungan.. Lalu tertunduk Jin Yang sombong Itu dengan KeKuasaan ALLAH, maka dipasakan dengan kalimah maka terpenjara lah jin tersebut didalam penjara ***
Alhamdullilah,selesai sudah amanah Kami pada malam Ini.
Sebelum p**ang,kami membuat air penawar sebagai minuman untuk mereka, moga keberkatan air Yang telah dibaca dengan Ayat Suci Al Quran Menjadi asbab kesembuhan bagi mereka.. In Shaa ALLAH..
Kesimp**an Dari kisah Ini, menuntut ilmu Yang "Batil" akan merosakan kehidupan kita.. Bersahabat dengan jin akan menyesatkan kita, bila dah mati ilmu dan khadam Yang diambil tidak dilepaskan maka menyusahkan anak cucu kita nanti... Cari lah ilmu Yang "HAQQ" Yang berlandaskan Al Quran dan Hadis supaya selamat Dunia@Akhirat.
Sumber cerita dari kisah Yang benar, diceritakan kembali oleh (admin) untuk sumber bacaan sahabat muka buku 🙂
Moga memberi manfaat buat kita semua..
Wallahu a’lam 💚☝️
13/10/2022
بِسْمِ الله مَاشَاءَ الله
Bismillahi masya Allah
Artinya: "Dengan menyebut nama Allah yang segala sesuatu terjadi atas kehendak dan kuasa-Nya.''
-Kisah Mistik Alam Melayu (kisah 3)-
(Keris Berkhadam / Pemujaan Nombor Ekor)
Kisah Ini telah berlalu hampir 5 tahun Yang lepas, namun masih segar di ingatan Tim kami, kerana disebalik kisah Ini tersimpan pengajaran Yang bermakna buat kami...
Kring, Kring, kring.... (Deringan Telifon Berbunyi)
Ketika Itu jam menunjukan 940 malam...
"Assalamualaikum saya ******** nk mintak bantuan datang kerumah lihat keadaaan suami saya Yang dalam keadaan nazak ni" *suara nya cemas.. Kami pon tidak bertanya banyak.
Baiklah, bagi lokasi puan.. Kami menuju kesana
(lokasi dirahsiakan)... Setelah persiapan di buat.. Tim kami pon bergerak menuju Ke rumah tersebut...
Selepas hampir 40minit perjalanan. Tiba lah kami di satu kawasan kampung... Nun jauh dihujung kampung terdapat rumah di mana situ lah destinasi tujuan kami.. Setelah sampai, tim kami dijemput masuk kerumah..
ALLAH!!!! Jerit dalam hati ** sedih dan kesian menyelebungi hati kami, melihat sosok tubuh Yang kurus terpaku di atas baringan dengan mulut terkumat kamit berkata sesuatu ..
Setelah Itu, kami pon berbual seketika dengan waris disitu,
Apa hajat puan panggil kami ?
"Suami saya dah 4bulan sakit, terlantar mcm ni lah.. Dh pergi hospital tapi doktor kata tak ada apa sakit..3bulan Yang lalu bole lagi bangun.. Tapi sejak kebelakangan langsung dh xbole... Dan Hari ni semakin teruk sangat dah... Mulut terkumat kamit menyebut sesuatu, saya hanya mendengar.. "Borrr borrrr borrr"..tak tahu apa Yang disebutnya...
Baiklah, tanpa berlengah lagi tim kami pon terus melakukan rawatan, kerana keadaan pesakit semakin teruk... Ruqyah mula di baca... Tiba2!!!!! Wajah pesakit Td berubah ketakutan dan gelisah... Ahh sudah ada yng tak Kena ni "bisik sesama kami..
Salah seorang Tim kami menajukan satu soalan pada waris pesakit..
Suami kak ada pernah menuntut atau beramal apa² ka?
Terus dengan laju isterinnya bangun menuju Ke sebuah almari kayu Yang kelihatan sudah Lama Yang berada di sudut dapur rumahnya...
Kerisss!!!!
Setelah melihat keris tersebut baru lah,, sedikit Demi sedikit pertunjuk Dari ALLAH sampai....
Kata Si isteri, abg selalu "Asap" kan dengan kemenyan pada tiap malam jumaat..bila saya tnya dia tidak menjawab...diam sahaja..setiap hujung minggu p**a selalu dia masuk hutan,panjat bukit ,tapi keris ni lah selalu berada dengan nya..
Jelas!...kami dah tahu apa yg berlaku.. Baikk
Maka Tim kami cuba memanggil khadam empunya "barang"...
Zzzzzzzzzzzzzzasssss
Muncul lembaga tinggi ,hitam dan merah matanya..
salah seorang tim cuba berinterasi secara batin dengan nya...
"Dia tuan aku,aku yang membantu untuk urusan nya"..urusan apa?balas salah seorang tim .
Nombor ekor!!! Jerkah makhluk sombong tersebut..
Baik harini, Hari terakhir kau.. Terpisah kau Dari jasad nya nanti..
Jawapan dah dapat, tanpa membuang masa proses pembuangan pon bermula... Bacaan ruqyah di baca dan kaedah serta petua telah di gunakan... Setelah hampir 20minit berhempas p**as.. (Diringkas kan) Maka terpisah lah jin tersebut Dari jasad beliau...
Dan pesakit tersebut kelihatan diam dan tidak terkumat kamit lagi.. Kami pon meminta izin duduk diluar rumah sebentar.. Nak ambil angin kejap ..hehe
Ketika berada diluar hampir 10minit mcmtu, kedengaran tangisan Dari dalam rumah.. Kami bergegas masuk melihat apa yg terjadi...
inalillahi wainailaihi rajiun..........
Pesakit tadi telah pun menghembus nafas Yang terakhir..
si isteri menangis disamping jasad Yang kaku Itu.
Sabar ya puan...
Kami dah Cuba sebaik mungkin, namun masanya telah tiba, ALLAH dah panggil dia p**ang puan, DOA banyak² pada ALLAH supaya terampun dosa nya,
Maka dengan redha seluruh keluarga nya ketika Itu menerima pemergian nyaa...
Semoga ALLAH mengampuni. Dosanya... Dosa Saya dan dosa kita semua...
"Pengajaran- Tanpa Iman Didada, Tanpa Yakin Yang Teguh Pasti Kita akan Tertipu Dengan Fitnah Duniawi, Demi kesenangan HIDUP, ketamakan Kekayaan maka tersasar Dari landasan Islam Yang sebenar... Tengelam dalam kebatilan bila mana tertipu dgn bisikan dan hasutan syaitan... Yakin lah Rezeki Milik ALLAH, dan mohon lah pada NYA, kerana DIA MAHA KAYA LAGI MAHA PEMURAH 🙂☝️
Dibawah gambar asal (keris ) milik pengamal tersebut..
***sumber asal cerita dari guru, diceritakan kembali oleh (admin) untuk sumber bacaan sahabat muka buku 🙂
Moga memberi manfaat buat kita semua..
Wallahu a’lam 💚☝️
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
No 7 Lorong Mewah 24 Taman Mewah Kamunting
Taiping
34600
