Terapibekam Aura Mukmin Muar/Tangkak

Terapibekam Aura Mukmin Muar/Tangkak

Share

Merawat penyakit kronik dengan pelbagai kaedah alternatif sunnah & zaman purba

Photos from Terapibekam Aura Mukmin Muar/Tangkak's post 04/01/2024

Assalammualaikum

_Manusia yg *Terbaik* adalah, bukan mereka yang merasa sudah berbuat baik, *tetapi mereka yang tidak pernah berhenti didalam berbuat baik.* ,tanpa merasa mereka lah yang paling baik..._

_Mereka yang melakukan kebaikan bukan untuk *mendapat pujian,* tetapi mereka yang melakukan kebaikan, semata2 untuk *mencari redho serta kasih sayang* dari ALLAH SWT..._

*"SELAMAT BERBUAT BAIK DAN SENTIASA BERBUAT BAIK, TANPA MERASA DIRI YANG PALING BAIK..."*

*SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA BERUSAHA UNTUK JADI YANG TERBAIK...*

*"DOA, USAHA KIKIS MAZMUMAH DAN PAMERKAN MAHMUDAH AGAR HIDUP LEBIH AMAN DAN DAMAI..."*
๐Ÿ’ช๐Ÿผ๐Ÿ’ช๐Ÿผ๐Ÿ˜˜โค๏ธ๐Ÿ˜˜๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ

_Rasulullah Shallallahuโ€™alaihi Wasallam bersabda:_

ุฎูŽูŠู’ุฑู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุฃูŽู†ู’ููŽุนูู‡ูู…ู’ ู„ูู„ู†ู‘ูŽุงุณู

_โ€œSebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.โ€_
*(HR. Ahmad, ath-Thabrani,)*

_Wallahhu a'lam..._

09/03/2021

*Mudahkan urusan orang lain, Allah pasti akan mudahkan urusan kita.*

Ringankan beban orang lain, Allah pasti akan ringankan beban kita.

Selesaikan masalah orang lain, Allah pasti akan selesaikan banyak masalah kita.

Jangan banyak tanya tentang apa yang kita akan dapat. Tapi banyaklah bertanya tentang apa yang boleh kita sumbangkan.

Hidup ini bukan semata-mata untuk kita. Tapi hidup ini ialah tentang berapa ramai orang di sekeliling kita yang kita berjaya sentuh hati mereka dan ubah hidup mereka.

Rasulullah SAW pesan; sebaik-baik manusia ialah yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain.

Apa yang kita simpan untuk diri kita sahaja, kita akan tinggalkan sebagai harta pusaka bila kita mati nanti dan akan dihisab.

Tapi apa yang diberi, dibelanja, tolong dan sebagainya, itulah bahagian yang akan kita nikmati di akhirat nanti.

Semoga hari ini penuh dengan manfaat dunia akhirat...

Salam kasih sayang...

24/02/2021

*_BISMILLAH .._*

*_Kepentingan Akhlak Mulia ._*

*_" Sesungguhnya yang paling aku cintai dan yang paling dekat tempatnya dengan diriku esok di hari kiamat adalah yang paling baik akhlaknya di antara kamu ".( Hadis Riwayat Imam At -Tirmizi )_*

*_Rebutlah peluang untuk tergolong di dalam golongan begitu mulia lagi istimewa. Mereka ini mendapat gelaran Ibaadur Rahman iaitu hamba-hamba bagi Tuhan yang Maha Mengasihani ._*

*_Di antara ciri-ciri mereka adalah seperti firman Allah swt, mafhumnya :" Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (Yang Maha Mengasihani) adalah mereka yang berjalan di muka bumi dengan penuh merendah diri. Dan apabila orang yang jahil (berkelakuan kurang sopan) menyapa mereka, mereka akan mengucap kata kesejahteraan, dan mereka juga tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri ".( Surah al-Furqan, ayat 63-64 )_*

*_Di antara sifat Ibaadur Rahman yang jelas dalam ayat tersebut adalah kemuliaan hati untuk sedia menerima dan membalas keburukan dengan kebaikan. Sememangnya memaafkan kesilapan orang lain adalah cukup mencabar, apatah lagi untuk membalas keburukan dengan kebaikan. Walau bagaimana pun golongan Ibaadur Rahman akan sentiasa berusaha untuk bersabar dan memaafkan kesilapan orang lain. Biar berat sekali pun kesilapan kesilapan seseorang, ia tidak dapat menandingi keampunan Allah swt terhadap kesilapan dan dosa yang telah dilakukan ._*

*_Surah An-Nur, ayat 22 :" Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu. Tidakkah kamu s**a supaya Allah mengampunkan dosa-dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani "._*

*_Maka perelokanlah akhlak kita. Mulakan akhlak kita bersama Allah swt dan Rasulnya saw. Adakah segala perintah Allah swt dan Baginda Rasulullah saw telah berjaya kita terjemahkan dalam kehidupan kita? Bagaimana p**a hubungan kita bersama jiran tetangga? Bersama ahli keluarga, rakan dan taulan ?๏ปฟ_*

*_Akhlak Menunjukkan Keperibadian Diri Yang Empunya Diri ._*

20/02/2021

*RENUNGAN*
Jika bertanya iblis tentang Al Quran maka ia akan menghuraikan satu persatu tafsiranNye dengan sangat jelaskan kerana ia mengetahui setiap ayat yang diturunkan dilangit...

Jika bertanya iblis tentang Hadis maka ia sangat alim pada menghuraikanNye kerana ia mengetahui setiap Ashabul Wurud bagi setiap hadis...

Jika bertanya iblis tentang sirah semua nabi dan rasul ุนู„ูŠู‡ู… ุงู„ุตู„ุงุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… maka ia akan menceritakanNye dengan jelas kerana ada ia sebelum daripada dijadikan Nabi Adam ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู…...

Iblis alim Al Quran...
Iblis alim Hadis...
Iblis alim segala ilmu...

Namun iblis dilaknat oleh Allah SWT serta tidak menjadi kekasihNye kerana mempunyai sombong(ุชูƒุจุฑ) dalam diri...
Kerana ada dua kalimah "AKU LEBIH BAIK DARIMU"...

Apa yang dibimbangi hati ini semakin mengeras dan payah untuk menerima nasihat, namun sangat pandai memberi nasihat...

Apa yang dibimbangi merasakan diri ini paling benar sehingga merendahkan orang lain...

Apa yang ditakuti diri ini lupa cerminkan diri sendiri sehinggakan banyak bersangka buruk pada orang lain...

Yang ditakuti diri ini hanya petah berkata-kata namun buruk pada perbuatan...

Yang ditakuti diri ini hanya cepat mengkritik namun lemah menoleh kepada diri sendiri...

Semoga kita dalam lindungan Allah SWT...

ุงู„ูู‚ูŠุฑ ุฅู„ู‰ ุงู„ู„ู‡...

16/02/2021

โ€Ž
*๏ทฝ APA TANDA KITA BANYAK AIB?*

Antara TANDA seseorang itu dipenuhi dengan aib dan maksiat serta dosa noda ialah apabila dia sering membuka aib orang lain, memburukkan orang lain, mengutuk serta mencaci serta memandang rendah orang lain.

Dia rasa, dengan mengaibkan orang lain, aibnya sendiri akan di tutup serta orang akan memandang dirinya mulia.

Tapi ternyata ia Tersilap.

Orang yang membuka aib orang lain takkan di muliakan.

Manusia akan menghina dia. Allah dan rasul juga menghinanya.

Pasti dan pasti, aibnya juga akan terbuka.

Orang yang mulia, ialah orang yang tidak sempat membuka aib orang lain kerana terlalu sibuk mengurua aib sendiri dengan bertaubat, menangis, berusaha untuk berubah dan mentaati Allah dan rasul dari segenap sudut.

Kita bagaimana?

Semoga kita semua termasuk dalam golongan orang yang merendah diri, dan, tidak s**a mencari cari aib atau kekurangan orang lain."

Mari sama-sama kita tingkatkan iman dan ilmu dengan dapatkan Pendrive Persiapan Kematian, juga salah satu usaha kita sebagai persiapan dan bekalan ke Sana (Akhirat).

*YA ALLAH ,,,AMPUNILAH DOSE KAMI DAN JAUHKNLAH KAMI DARI MEMBICARAKAN AIB ORANG LAIN*,,,

10/02/2021

*HAKIKAT KAYA YG SEBENAR*

Kekayaan Hakiki

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุนูŽู†ู’ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ุงู„ู’ุบูู†ูŽู‰ ุนูŽู†ู’ ูƒูŽุซู’ุฑูŽุฉู ุงู„ู’ุนูŽุฑูŽุถู ูˆูŽู„ูŽูƒูู†ู‘ูŽ ุงู„ู’ุบูู†ูŽู‰ ุบูู†ูŽู‰ ุงู„ู†ู‘ูŽูู’ุณู

Daripada Abu Hurairah dari Nabi SAW baginda bersabda: "Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (selalu merasa cukup)." (HR Bukhari No: 5965) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Kekayaan dalam Islam bukan dilihat kepada pemilikan harta yang banyak.

2. Kekayaan hakiki seorang Muslim ialah apabila ia memiliki kaya hati (sifat merasa cukup dengan setiap rezeki yang dimiliki).

3. Berapa ramai orang yg dikatakan kaya yang memiliki harta,
namun sentiasa merasa masih kurang.
Hatinya tidak merasa puas dengan rezeki yang dianugerahkan oleh Allah.
Ia masih terus mencari apa yang belum diraih.
Hatinya masih belum puas dengan apa yang ada.
*Itu bermakna ia sentiasa miskin, kerana ingin mencari dan mencari lagi dan tak pernah cukup*

4. An Nawawi berkata: โ€œKaya yang terpuji adalah kaya hati,
hati yang selalu merasa puas dan tidak tamak dalam mencari kemewahan dunia.

Kaya yang terpuji bukanlah dengan banyaknya harta dan terus menerus ingin menambah dan terus menambah.

Jadilah kita seorang pemilik hati yang sentiasa kaya dengan sifat merasa cukup dengan harta yang dimiliki namun sentiasa merasa miskin dengan amal-amal yang solleh.

Wallahualam.

07/02/2021

Sebenarnya ramai pesakit yang dah salah faham. Mereka ingat, bila dah buat rawatan dengan kaedah Ruqyah Syariyyah, akan sembuhlah.

Tak, bukan semudah itu.

Tahu tak, dalam pengamalan rawatan dengan kaedah ruqyah syar'iyyah, ada 4 faktor yang mempengaruhi kesembuhan (Konsep Rehab Hati).

1. Tazkiyatun Nafs = 70%
2. Hijrah = 10%
3. Ruqyah mandiri = 15%
4. Ruqyah = 5%

Apa yang faham dari angka-angka di atas?

Dalam 4 bahagian di atas, hanya 1 bahagian sahaja yang melibatkan perawat.

Itupun dalam peratus yang kecil iaitu Ruqyah, hanya 5% sahaja.

Ruqyah di sini bermaksud anda pergi dapatkan rawatan dengan perawat yang menggunakan kaedah Ruqyah Syar'iyyah.

3 bahagian lagi semuanya melibatkan usaha dari pihak pesakit sendiri.

Sebab tu bila pesakit buat rawatan dengan kaedah ruqyah syar'iyyah ni, biasanya pesakit akan rasa lebih ok.

Tapi hanya bertahan dalam seminggu dua sahaja.

Kenapa?

Sebab 3 bahagian lagi pesakit abaikan. Saya jelaskan secara ringkas 3 bahagian penting tersebut.

*1) TAZKIYATUN NAFS*

Tazkiyatun Nafs ialah proses pembersihan hati. Terutamanya mengeluarkan daripada hati sifat-sifat mazmumah (sifat tercela) dan menggantikannya dengan sifat-sifat mahmudah (sifat terpuji).

Ianya bukanlah suatu proses yang mudah dan memerlukan mujahadah yang tinggi.

Paling penting, untuk menjayakan proses ini, menuntut ilmu adalah proses pertama yang penting.

*2) HIJRAH*

Jika proses tazkiyatun nafs lebih menumpukan kepada proses pembersihan hati, hijrah ini p**a adalah proses untuk melakukan perubahan dalam seluruh kehidupan (Pola kehidupan) yakni perubahan daripada kegelapan kepada cahaya (iman).

Sebagai contoh, dari tidak solat kepada mendirikan solat.

Daripada menunaikan solat bersendirian (bagi lelaki) kepada menunaikan solat secara berjemaah.

Daripada s**a mendedahkan aurat kepada menutup aurat.

Daripada menutup aurat berlandaskan fesyen, kepada menutup aurat berlandaskan syariat.

Inilah sedikit pencerahan yang dapat saya kongsikan.

Apa yang perlu dilakukan ialah buat muhasabah diri.

*3) RUQYAH MANDIRI (TERAPI DIRI & PEMBENTENGAN DIRI)*

Perbezaan ruqyah mandiri dengan ruqyah yang saya sebut sebelum ini ialah, ruqyah mandiri ni anda tidak memerlukan bantuan daripada perawat.

Dengan kaedah-kaedah tertentu, anda lakukan sendiri (terapi diri & pembentengan diri) ke atas diri anda.

Sudah tentu, ilmu juga memainkan peranan utama untuk menjayakan proses ni.

Nasihat dan saranan dari perawat yang berpengalaman juga membantu dalam menjayakan proses ni.

Saya harap dengan perkongsian ini akan lebih memahami bagaimana proses sebenar rawatan Ruqyah Syariyyah.

Wallahu'alam...

07/02/2021
Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Tangkak?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Tangkak
84900