Klinik Butiza Tawau

Klinik Butiza Tawau

Share

Buka 24 Jam SETIAP HARI

29/04/2026

Dulu2 kan… tiap malam si bini susah mau tidur.
Bukan pasal apa…
pasal laki dia punya dengkur, ya ampun kuat betul 😅

Dia baring saja, pandang siling… dalam hati cakap,
“adui… sampai bila la begini…”

Dia sayang laki dia, memang la.
Perut makin boroi, badan makin berat.
Jalan sikit pun sudah penat.

Sampai satu hari, dorang decide mau ubah.
Datang Klinik Butiza, jumpa doktor…
semua explain bagus2, ikut badan dia.

Start rawatan turunkan berat badan
Pelan-pelan saja perubahan tu datang…

3 bulan kemudian..

Nahhh Turun 12kg 😳
Perut yang dulu boroi, sekarang makin flat.
Dan yang paling best…

Malam tu… sunyi.
Tiada sudah dengkur kuat tu.

“Bestnya…akhirnya boleh tidur lena.”
Sekarang dia cakap,
“I’m a happy wife” 🤍

Kadang bukan pasal kurus saja… tapi pasal hidup jadi lebih tenang.

Jom la Butiza!

23/04/2026

5minggu turun 7.3kg. happy patient. Kami pun happy!

Kami ndak tipu ya..
Real data..

28/03/2026

Jadiii..
Kamu bila?
Dalam masa 3minggu 4kg sold out!!

25/03/2026

ESOK KLINIK BUTIZA UNI SENTRAL BUKA‼️

Banyak kami dapat panggilan telefon tanya bila buka UNI SENTRAL❓

BAH JOM DATANG BESOK 26/03/2026

21/03/2026

Salam Aidilfitri! 🌙
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin
daripada kami di Klinik Butiza Tawau .

Semoga Syawal ini membawa kegembiraan, kesihatan yang baik, dan keberkatan kepada anda dan keluarga tersayang.

Hati-hati di jalan raya dan sentiasa jaga kesihatan! 🤍

20/03/2026

Selamat datang semula diucapkan kepada Dr. Badrul Hafiz Amir ke kampung halaman tercinta, Tawau ‼️

Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Dr. Badrul Hafiz akan mula bertugas di Klinik Butiza Tawau (Unisentral) bermula 26 Mac 2026.

Semoga kepulangan ini membawa manfaat besar kepada komuniti setempat dan kami mengalu-alukan kehadiran beliau sebagai sebahagian daripada pasukan kami di daerah Tawau.

Selamat kembali dan selamat bertugas, Dr. Badrul Hafiz 🫰🫰

02/03/2026

Klinik Butiza menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dibuat secara “live” oleh akaun rasmi Uniklinik_Sandakan pada 24 Februari lalu yang mendakwa bahawa “Butiza tidak lama lagi akan hancur” serta pertukaran kakitangan berlaku kerana mereka tidak tahan bekerja di klinik ini.

Kenyataan tersebut adalah tidak benar, tidak berasas dan boleh menjejaskan reputasi serta keyakinan pesakit terhadap perkhidmatan kami.

Untuk makluman, semua urusan pengambilan dan pemberhentian pekerja dilaksanakan secara profesional serta mematuhi undang-undang dan garis panduan yang berkuat kuasa.

Kami mengambil maklum dan menerima permohonan maaf yang telah dibuat. Namun, kami berharap semua pihak lebih bertanggungjawab dalam menyampaikan kenyataan agar tidak menimbulkan salah faham atau kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Kepercayaan pesakit adalah amanah yang kami jaga dengan penuh integriti.

Pengurusan
Klinik Butiza

28/02/2026

Selamat Pagi 🌞
Selamat berhujung minggu 🥰

📌Klinik Butiza buka 24jam setiap hari seperti biasa📌

Boleh terus walkin/book appointment dengan kami untuk dapatkan rawatan ✅

====================================
Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi kami

📍KLINIK BUTIZA ALAMESRA
📞088402613
📲https://wa.me/601121570057
24Jam

📍KLINIK BUTIZA SANDAKAN
📞089 225468
📲https://wa.me/601114405468
24Jam

📍KLINIK BUTIZA KINABATANGAN
📞089 551051
8am -9pm
📲https://wa.me/60145571051

📍KLINIK BUTIZA TAWAU
📞089 763965
📲https://wa.me/60123193965
24Jam

📍KLINIK BUTIZA LAHAD DATU
📞089 896634
📲https://wa.me/60134226634
24Jam

27/02/2026

Setiap tahun mesti ada ja kes keracunan makanan setiap kali beli bazaar ramadhan kan...

Sebagai pembeli , mestilah sentiasa peka dan berhati-hati dalam membeli juadah di bazaar ramadhan.

Pastikan kita ambil langkah2 yg tersenarai ketika membeli di bazaar utk elakkan keracunan makanan..

26/02/2026

🌙 DOA RAMADAN | Hari Ke-8

“Ya Allah, bantulah aku untuk berpuasa dan shalat malam serta jauhkan aku dari kesia-siaan dan perbuatan dosa. Anugerahi aku di dalamnya dengan dawamnya ingat pada-Mu dengan taufik-Mu wahai yang menunjuki orang tersesat”

26/02/2026

TIPS ELAK GASTRIK SEWAKTU BERPUASA ‼️

Bulan Ramadan ni mesti bulan yang mencabar buat pesakit gastrik kan 😣

Ikut tips berpuasa ini, Insha Allah dapat bantu para pesakit gastrik utk lebih kuat berpuasa ✅

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Tawau?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Lot 910 Unit 3&4, , Jalan Masjid
Tawau
91000