Olive House Sabindo Tawau
Aafiyat Consultant
Olive House di Tawau
Menawarkan produk berkualiti tinggi dari OLIVE HOUSE.
18/02/2026
Marhaban Ya Ramadan π
Malam ini kita bersedia menyambut bulan paling mulia. Semoga Allah izinkan kita bertemu Ramadan dan mengisinya dengan amal terbaik.
Sebagai persediaan, min kongsikan semula niat dan doa ini untuk rujukan sepanjang bulan Ramadan:
π Niat Puasa Harian
π Niat Puasa Sebulan
π Doa Berbuka Puasa (Seorang Diri)
π Doa Berbuka Puasa (Berjamaah)
π Niat Solat Sunat Tarawih (Bersendirian)
π Niat Solat Sunat Tarawih (Sebagai Makmum)
Semoga perkongsian ini memudahkan urusan ibadah kita dan membantu kita memperbanyakkan amalan sepanjang Ramadan π€²π»
18/02/2026
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK 2026 / 1447H π
Ramadan kembali mengetuk hati kita. Bulan untuk memperlahankan dunia dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Semoga Ramadan ini lebih tenang, lebih bermakna dan lebih dekat di hati. Moga setiap sujud, setiap doa, dan setiap amalan diterima dengan penuh kasih sayang oleh Allah SWT.
Sepanjang Ramadan, jangan lupa amalkan 1 sudu besar Olivie Plus 30x sebelum sahur sebagai sokongan rutin harian ketika berpuasa.
Marhaban Ya Ramadan π
Biasa terbeli brokoli ni lebihnya rosak sbb taktau nak masak apalagi..
Rupanya boleh buat snek ajer..
Bolehla try kan βΊοΈ
Sis bab olive oil dah tebayang olive oil spray tu π€
Nanti sis update yer..
Satu negara, iklimnya berbeza-beza.
El-Borouj, Morocco berada di kawasan semi-arid.
Dan kenali Eton, nama manja Olivie Plus 30xπ.
24/01/2026
Tak semua yang pahit itu buruk.
Kadang-kadang, yang pahit itulah yang melindungi tubuh kita.
Dalam dunia kesihatan, rasa pahit selalunya datang bersama sebatian aktif yang tubuh perlukan.
Minyak zaitun antara contohnya.
Bukan benda baru, tapi masih ramai yang mengambilnya tanpa benar-benar memahami peranannya terhadap kesihatan jangka panjang.
Ia telah lama dikenali sebagai makanan sihat. Namun kebelakangan ini, penyelidik mula memberi perhatian kepada satu sebatian semula jadi dalam minyak zaitun extra virgin (EVOO) yang dikenali sebagai oleocanthal.
Dalam kajian makmal, oleocanthal didapati mampu mencetuskan kematian sel kanser melalui mekanisme tertentu, manakala sel normal di sekelilingnya didapati lebih tahan terhadap kesan tersebut.
Walaupun ini bukan rawatan, dapatan ini memberi gambaran bagaimana pemakanan boleh menyokong kesihatan sel dalam jangka panjang terutama apabila diamalkan secara konsisten.
Oleocanthal hanya terdapat dalam jumlah tinggi jika minyak zaitun itu benar-benar extra virgin, dihasilkan secara cold-pressed dan daripada buah zaitun yang segar.
Sebab itu, minyak zaitun yang terasa sedikit pedas atau pahit di tekak selalunya menandakan kehadiran sebatian aktif ini.
Dalam al-Quran, minyak zaitun disebut sebagai pohon yang diberkati.
Hari ini, sains moden p**a menunjukkan minyak zaitun extra virgin mengandungi sebatian yang menyokong kesihatan jantung, otak dan membantu mengawal keradangan, sesuatu yang berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan moden.
Ramai antara kita hanya mula ambil peduli tentang kesihatan apabila tubuh mula memberi isyarat.
Dengan memahami apa yang kita ambil setiap hari, kita memberi peluang yang lebih baik untuk tubuh kekal sihat lebih lama. Bukan untuk hari ini sahaja, tetapi untuk masa hadapan.
Mencegah lebih baik daripada merawat.
Moga bermanfaat.
19/01/2026
mak ayah di luar sana sihat ya hendaknya.
Aamiin..π€²
ini boleh di jadikan panduan bersama...
Samada simptom atau sedang mengalami.
Semoga membantu
PERLUKAH WARGA EMAS AMBIL UBAT DIABETIS?
Assalamualaikum πΏ
Saya ingin memohon pandangan dengan penuh rendah hati dan harapan. Ibu kami berusia 78 tahun, dan bacaan gula darahnya sekitar 11 mmol/L. Sejak kebelakangan ini, selera makan ibu semakin berkurangan, dan sebagai anak, kami amat bimbang β bukan sekadar tentang nombor gula, tetapi tentang kekuatan tubuh, keselesaan hidup dan keselamatan ibu setiap hari.
Kami ingin mendapatkan nasihat doktor mengenai pengurusan kencing manis yang paling selamat dan berperingkat untuk usia seperti ini, tanpa membebankan tubuh ibu dengan rawatan yang terlalu agresif. Kami juga amat menghargai jika dapat dicadangkan pendekatan Aβfiyat, yang lebih menyeluruh, lembut dan berfokus kepada kesejahteraan fizikal, emosi dan jiwa ibu.
Sebagai anak, kami hanya mahu melakukan yang terbaik agar ibu terus hidup dengan tenang, bermaruah dan dikelilingi kasih sayang, insyaAllah.
Terima Kasih Dr Zubaidi
*******************************
JOM ikuti perkongsian bermanfaat berkaitan kesihatan, pemakanan, motivasi dan ubat-ubatan di page Dr Zubaidi Hj Ahmad dan Klinik FB Dr Zubaidi
PENDEKATAN A'FIYAT UNTUK PESAKIT DIABETIS WARGA EMAS
1οΈβ£ PRINSIP ASAS RAWATAN DIABETES WARGA EMAS (Umur 78 Tahun)
Untuk usia ini, matlamat rawatan BUKAN untuk menurunkan gula secara agresif, tetapi:
β
Elak hipoglisemia (gula terlalu rendah, atau kurang dari 4)
β
Kekalkan kualiti hidup & tenaga harian
β
Elak komplikasi akut (pitam, jatuh, kekeliruan)
β
Rawatan mudah, dos rendah & toleransi baik
π SASARAN GULA YANG REALISTIK & SELAMAT
Gula puasa: 6 β 9 mmol/L
Gula rawak: β€ 11mmol/L
β‘οΈ Jadi bacaan 11 mmol/L masih boleh diterima sementara, terutama jika tiada simptom.
2οΈβ£ CADANGAN UBAT PALING SELAMAT
Keputusan untuk memulakan ubat bergantung kepada:
1. Adakah ada simptom (haus melampau, kerap kencing, susut berat)?
2. Fungsi buah pinggang (eGFR)?
3. Berat badan & kekuatan fizikal?
4. Selera makan yang menurun?
5. Ada simptom seperti demam, batuk atau luka kaki yang sukar sembuh?
PILIHAN PERTAMA (PALING SELAMAT).
Ini hanya cadangan am. Berbincanglah dengan doktor yang merawat.
β
Metformin dos RENDAH
Contoh:
250 mg β 500 mg sekali sehari selepas makan
Ia selamat kerana :
1. Risiko hipoglisemia sangat rendah
2. Baik untuk warga emas jika eGFR > 45
3. Boleh bantu kawal gula tanpa rendahkan gula mendadak
π Jika selera makan sangat kurang, dos sangat rendah 250mg diberikan atau tangguh sementara boleh dipertimbangkan.
Rujuk pada doktor yang merawat.
PILIHAN KEDUA (Jika Metformin Tidak Sesuai)
β
DPP-4 inhibitor (contoh sitagliptin / vildagliptin)
Ia selamat kerana :
β
Tidak ganggu selera
β
Tidak sebabkan hipoglisemia
β
Dos mudah (sekali sehari)
Biasanya dipertimbangkan jika:
1. Perut sensitif
2. Tidak tahan metformin
3. Risiko jatuh tinggi
UBAT DIABETES YANG PERLU DIELAK PADA USIA INI
1. Sulfonylurea (gliclazide, glibenclamide)
2. Insulin awal tanpa sebab kukuh
Ubat-ubat ini boleh menyebabkan gula jatuh mendadak.
Ini menyebabkan β‘οΈ Risiko pitam, jatuh dan kematian lebih tinggi
3οΈβ£ PENDEKATAN WELLNESS AβFIYAT (Lebih Penting Dari Ubat)
Dalam warga emas, gaya hidup lembut & sokongan nutrisi jauh lebih penting.
A. PEMAKANAN AβFIYAT (Jika Selera Kurang)
β
Makan sedikit tetapi kerap
β
Fokus:
Sup tulang / sup ayam
Telur lembut
Ikan stim
Sayur rebus lembut
Elak gula & minuman manis
πJangan paksa diet ketat kerana stres menaikkan gula
B. SOKONGAN NUTRISI SELAMAT
βοΈ Minyak zaitun extra virgin β bantu sensitiviti insulin
βοΈ Omega-3 (dos rendah) β sokong metabolik & otak
βοΈ Vitamin E Tocotrienol untuk menyokong kesihatan hati
βοΈ Magnesium ringan β bantu tidur & saraf
βοΈ Vitamin B kompleks β sokong tenaga & saraf
C. PERGERAKAN AβFIYAT
βοΈ Jalan perlahan 5β10 minit selepas makan
βοΈ Duduk β berdiri perlahan (elak pening)
βοΈ Pernafasan tenang & zikir ringan
β‘οΈ Pergerakan kecil tetapi konsisten menurunkan gula secara semula jadi
D. PENDEKATAN JIWA & EMOSI (Sering Diabaikan)
Usia lanjut sangat sensitif kepada:
Kesunyian
Takut sakit
Hilang selera kerana emosi
Tenangkan hati dahulu β gula lebih mudah turun
β
Suasana makan yang tenang
β
Jangan menakutkan pesakit dengan angka gula
β
Doa, zikir, sentuhan & sokongan keluarga
4οΈβ£ KESIMPULAN PROFESIONAL
β
GM 11 mmol/L pada usia 78 tahun bukan kecemasan
β
Tapi ada risiko untuk sering mendapat demam dan batuk , dan luka yang lambat sembuh
β
Tidak wajib terus agresif dengan ubat
β
Jika perlu, mulakan dos rendah, satu ubat sahaja. Dapatkan nasihat dengan doktor yang merawat.
Dalam Aβfiyat, kita rawat manusia β bukan sekadar nombor gula.
Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang ubat sintetik.
Semoga bermanfaat.
Dr Zubaidi Hj Ahmad
Doktor. Coach Wellness A'fiyat
Betul KA blang..nahh samala juga dengan minyak zaitun..janganla pair dengan yang ada di pasaraya..itu untuk masakan..
So semoga KA terus maju..asbab ini terbukala minda kita mana yang makanan tu lebih berkualiti dan sesuatu sajian makanan dari semua aspek.
07/01/2026
Makhluk pun berhak untuk kita bantu π₯Ή
Terima kasih anak baik π₯°
07/01/2026
Olive House dilantik sebagai rakan strategik Agenda Nasional Malaysia Sihat
Pelantikan ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi tanda bahawa usaha membina kesedaran kesihatan perlu bermula dari peringkat keluarga. Dalam realiti hari ini, ramai hanya memberi perhatian kepada kesihatan apabila masalah sudah berlaku, sedangkan pencegahan sentiasa menjadi langkah terbaik.
Seiring dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat, Olive House terus membawa pendekatan kesihatan yang mudah difahami dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Fokusnya jelas, iaitu membantu masyarakat membuat pilihan yang lebih baik, sedikit demi sedikit, tanpa tekanan.
Melalui inisiatif seperti Malaysia Aafiyat Day, Olive House mendekati komuniti untuk menyebarkan kesedaran bahawa kesihatan bukan sesuatu yang jauh atau rumit. Ia bermula dari rumah, daripada apa yang kita pilih setiap hari kerana bila kesedaran datang lebih awal, kualiti hidup akan jadi lebih baik.
Di sinilah peranan Olive House β bergerak bersama masyarakat, seiring dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat.
24/12/2025
Dalam apa jua penilaian, kefahaman asas perlu didahulukan, terutamanya apabila istilah teknikal digunakan untuk menilai sesuatu produk.
Susulan kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan berhubung kemenangan Olive House dalam isu melibatkan minyak zaitun Olivie Plus 30x, adalah penting untuk kita menjelaskan satu istilah yang telah menimbulkan kekeliruan, iaitu lampante.
Lampante ialah kategori rasmi bagi minyak zaitun mentah yang tidak sesuai dimakan dalam bentuk asalnya.
Ia gagal melepasi piawaian sensori dan kimia sebagai minyak makanan dan tidak boleh diklasifikasikan sebagai extra virgin atau virgin olive oil.
Dalam amalan industri, minyak gred lampante perlu melalui proses penapisan (refining) bagi membuang kecacatan bau, rasa dan menurunkan keasidan.
Hanya selepas proses ini, barulah ia dikenali sebagai refined olive oil dan dibenarkan sebagai minyak makanan, itu pun dengan nilai nutrisi yang sangat rendah.
Perkara ini penting kerana extra virgin olive oil berada pada kedudukan yang sama sekali berbeza.
Extra Virgin Olive Oil (EVOO) ialah gred tertinggi minyak zaitun kerana ia:
β
diperah secara mekanikal
β
tidak melalui proses kimia
β
mempunyai keasidan yang rendah
β
mengekalkan komponen semula jadi seperti polifenol (termasuk hydroxytyrosol)
Malah, rasa pahit dan pedas (pungent) yang sering disalah anggap sebagai kecacatan sebenarnya merupakan ciri biasa minyak zaitun extra virgin yang berkualiti.
Sebab itu, pengelasan minyak zaitun mempunyai hierarki yang jelas dan diiktiraf:
Extra Virgin β Virgin β Pure β Refined β Lampante
Apabila produk yang berada dalam kategori extra virgin disamakan dengan lampante, ia bukan sekadar perbezaan pandangan, tetapi berpunca daripada kekeliruan terhadap asas penggredan minyak zaitun.
Penjelasan ini dikongsikan bagi membantu pengguna menilai Olivie Plus 30x berdasarkan fakta dan piawaian sebenar, selari dengan perkara yang telah dirujuk dalam kenyataan rasmi Olive House.
Di posting seterusnya, kami akan kongsikan p**a:
π Bagaimana minyak zaitun extra virgin dinilai sebagai tulen daripada ujian sensori hingga analisis makmal.
Dalam apa jua penilaian, kefahaman asas perlu didahulukan, terutamanya apabila istilah teknikal digunakan untuk menilai sesuatu produk.
Susulan kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan berhubung kemenangan Olive House dalam isu melibatkan Minyak Zaitun Extra Virgin Olivie Plus 30x, adalah penting untuk kita menjelaskan satu istilah yang telah menimbulkan kekeliruan, iaitu lampante.
Lampante ialah kategori rasmi bagi minyak zaitun mentah yang tidak sesuai dimakan dalam bentuk asalnya.
Ia gagal melepasi piawaian sensori dan kimia sebagai minyak makanan dan tidak boleh diklasifikasikan sebagai extra virgin atau virgin olive oil.
Dalam amalan industri, minyak gred lampante perlu melalui proses penapisan (refining) bagi membuang kecacatan bau, rasa dan menurunkan keasidan.
Hanya selepas proses ini, barulah ia dikenali sebagai refined olive oil dan dibenarkan sebagai minyak makanan, itu pun dengan nilai nutrisi yang sangat rendah.
Perkara ini penting kerana extra virgin olive oil berada pada kedudukan yang sama sekali berbeza.
Extra Virgin Olive Oil (EVOO) ialah gred tertinggi minyak zaitun kerana ia:
β
diperah secara mekanikal
β
tidak melalui proses kimia
β
mempunyai keasidan yang rendah
β
mengekalkan komponen semula jadi seperti polifenol (termasuk hydroxytyrosol)
Malah, rasa pahit dan pedas (pungent) yang sering disalah anggap sebagai kecacatan sebenarnya merupakan ciri biasa minyak zaitun extra virgin yang berkualiti.
Apabila produk yang berada dalam kategori extra virgin disamakan dengan lampante, ia bukan sekadar perbezaan pandangan, tetapi berpunca daripada kekeliruan terhadap asas penggredan minyak zaitun.
Penjelasan ini dikongsikan bagi membantu pengguna menilai Olivie Plus 30x berdasarkan fakta dan piawaian sebenar, selari dengan perkara yang telah dirujuk dalam kenyataan rasmi Olive House.
Di posting seterusnya, kami akan kongsikan p**a:
π Bagaimana minyak zaitun extra virgin dinilai sebagai tulen daripada ujian sensori hingga analisis makmal.
14/07/2025
KHAS UNTUK ANDA YANG ADA 3 SERANGKAI πΏ
Kolesterol Tinggi | Gula Tinggi | Tekanan Darah Tinggi
Kini anda boleh amalkan Olivie Plus 30x, minyak zaitun premium yang mengandungi 30 kali lebih tinggi antioksidan semulajadi β bantu lindungi jantung dan kesihatan anda dari dalam.
Kenapa Olivie Plus 30x?
1) Kolesterol Tinggi
Minyak zaitun membekalkan lemak sihat, membantu menaikkan HDL (kolesterol baik) dan menurunkan LDL (kolesterol jahat).
(Ruano, 2005)
2) Gula Tinggi (Diabetes)
Kajian menunjukkan minyak zaitun boleh mengurangkan risiko diabetes jenis 2 dengan ketara.(Visioli, 2018)
3) Tekanan Darah Tinggi
Kaya dengan polifenol, minyak zaitun membantu menurunkan tekanan darah dan menyokong pembentukan salur darah yang sihat.(Luna, 2012)
Olivie Plus 30x β amalan semula jadi untuk bantu stabilkan 3 serangkai.
βοΈ Selamat diamalkan setiap hari
βοΈ Disokong kajian klinikal
Dapatkan sekarang untuk permulaan gaya hidup lebih sihat.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Telephone
Website
Address
Tawau
