BB Julia BizTrade TAWAU

BB Julia BizTrade TAWAU

Share

JOM JANA INCOME MUDAHHHHH DGN KAMI �
MODAL HANYA SERENDAHHHH RM150 �
UNTUNG BERLIPAT KALI GANDAAAA �

#VitaCGlowPlus #JamuTunTeja #JuicyMixberry #CEO

04/03/2026

Get ready to fall in love with the night sky all over again! 🌙
This stunning visual guide from Science & Astronomy Lovers highlights some of the most enchanting full moons and celestial events:

March 3 – Blood Moon Eclipse 🔴
A dramatic total lunar eclipse turns our Moon a deep, mysterious red. Perfect for stargazers and photographers! (Note: Dates may shift slightly by year, but the spectacle is timeless!)

April 1 – Pink Moon 🌸
Named after the vibrant spring wildflowers (like phlox) that bloom at this time, this soft pink-hued beauty signals the arrival of warmer days.

May 1 – Flower Moon 🌷
Bursting with life, this full moon celebrates the explosion of blossoms and the peak of spring's floral magic.

May 31 – Blue Moon 💙
A rare second full moon in the same month – once in a blue moon, right? (Extra special when it happens!)

Let's keep the astronomy love shining bright in the group! 🌌

17/02/2026

Kita nie, sejak kecil di ajar hormat orang tua.

Saya malas lah nak ikut rules and regulation nie.

Sebab orang tua keliling saya yg saya jumpa, 80%
tah apa apa tah perangai dia...

Umur tu bukan pengukur seseorang tu bijak

Umur itu bukan pengukur dia lebih bagus.

Umur tu bukan pengukur utk kita terima abuse dari dia.

Saya sedar akan benda nie dalam umur 40.

Lantak engkau lah engkau tua.

Kenapa tau engkau lagi tua dari aku?

Sebab engkau lahir lagi awal dari aku.

THAT S IT.
NO OTHER REASON.

THIS DOES NOT MAKE U BETTER THAN ME.

So saya ajar anak anak saya.

1) TAK PERLU hormat seseorang just because dia lebih tua.

2) hanya hormat manusia jika dia hormat u sahaja.

3) tak hormat tak bermaksud u boleh kurang ajar pada dia.
But it means, just ignore.
He or she is not the same as u. So tak.perlu banyak contact..
Dia lain.
U lain.
Tak perlu behave up to dia punya expectation.

4) hanya berinteraksi dengan orang yg boleh match ur mental capability sahaja.
They can either be older than u, your same age or younger.

If u sense that person is trouble.
Avoid...
Dint waste time.

Rules nie.bukan sahaja utk keluarga. Tapi sapa sapa sahaja....

Orang tua nie.
Depa ada some sort of masalah jiwa of superiority complexs..

I dunno why.
Tak boleh ka chill chill ja.

Kenapa sangat controlling ya?

Control anak
Control menantu
Control cucu
Control staff

Semua kena minta permission.

Lepas tu depa fikir just because they r old...theu can say what ever they want.
Becaise they are 100 years old.

Even through it hurts.

WHY?

Kita kena mampu jadi bijak.
Pilih orang tua mana ada kuality.

Orang tua yg berkuality, after kita cakap dengan dia, kita rasa good.
We feel good.

Yg tak de quality, kita akan rasa down.

Life is short.
Pls keep ur mental health well.

Jauhkan diri dari orang tua toksik jika anda tak mampu tapis aura negative dari mereka.

Saya mampu tapis their aura negative

So say mampu cakap dengan depa dan tapis segala aura jahat mereka.

Anda tak boleh
Jika tak boleh, kurangkan masa yg diluangkan bersama sama mereka.

Anda kena ada skill utk tapis aura negative nie.
Nak belajar tak?

Saya boleh buat content teknik nya.

Ok now sambung cerita.

So saya.
Menjadi saya.
Dah umur hampir50 nie.

Saya selalu sedarkan diri, yg saya pun ke arajh menjadi orang tua toksik.

Saya cuba ubah mindset.
Utk keep my opinion to my self.
Not judge

Jangan perbetulkan orang lain.
Dia tak tanya pun kita...
Baik diam..

Sebab . Nanti kalau mulut kita banyak...
Sibuk nak control orang.

And think that everyone around them should be ok with whatever nonsense that come out from their mouth or behaviour,.

Percayalah.

Nanti ...
Lepas awak mati.

They will be relieved...
Not mourning...

Feel free to be the person yg lepas mati anak anak dia somehow, guitily feel relieved rather than mourning.

So jom. Kita kita yg nak melangkah masuk usia tua nie.

Be sensitive to perasaan anak , menantu dan cucu kita.

Tak perlulah nak control sangat just because kita dah umur dinosour.....
Enough being a bully ya.

And then jangan sekali kali complain.

Kenapa anak menantu cucu malas nak ziarah.

Sila cermin diri.

Learn to adapt to the change of time and generation.

Anda setuju?
Anda tak setuju?

Setuju atau tak adalah bergantung pada cara anda dibesarkan.

Yg pastinya cara saya dibesarkan.
Dan cara saya besarkan anak anak saya adalah sangat berbeza....

Say tq jika baca sampai habis.

Gambar di bawah. Adalah Gateway of India.
Lokasi Mumbai.

Best rasanya travelling nie...
Banyak buka mata saya.

Jauh perjalanan.
Banyak insaf diri.

Negara sendiri.
The best.

Sapa kat sini, penulisan saya hadir pada masa yg tepat.
Time anda tengah down stuck dengan orang tua toksik kelliling anda.

Bagi saya like.

17/02/2026
Bekazon-Official | Shopee MY 15/02/2026

Bekazon-Official | Shopee MY Dapatkan jualan terbaik hanya di Bekazon-Official

14/02/2026

Jangan main sapu minyak angin je, jom semak organ apa sebenarnya yang tengah menjerit dalam perut tu

Selalu tak anda rasa sakit perut yang mencucuk-cucuk, tapi tak pasti sama ada ia sekadar masuk angin, keracunan makanan, atau mungkin petanda organ dalaman sedang kritikal?

Dalam dunia perubatan, perut manusia tidak dianggap sebagai satu bahagian yang kosong. Ia dipenuhi dengan pelbagai organ penting yang disusun rapat.

Sebab itulah doktor akan membahagikan kawasan perut anda kepada beberapa petak (Abdominal Quadrants) untuk memudahkan proses diagnosis awal. Setiap kawasan yang sakit mewakili organ yang berbeza.

Mari kita buat 'Self-Check' petak mana yang tengah sakit:

1. Tengah Atas (Ulu Hati)
Ini kawasan yang paling kerap orang Melayu kita mengadu sakit. Di sinilah letaknya perut (stomach). Kalau rasa pedih, panas, atau mencucuk terutamanya waktu lapar atau lepas makan benda pedas, itu selalunya petanda Gastrik, Ulser Perut, atau asid refluks (GERD).

2. Kanan Atas (Bawah Tulang Rusuk Kanan)
Di sinilah letaknya organ Hati dan pundi Hempedu. Kalau anda rasa sakit menyucuk yang melampau selepas makan makanan berlemak atau berminyak, berjaga-jaga! Ia mungkin petanda Batu Hempedu (Gallstones) atau radang hati. Kadang-kadang sakit ini boleh tembus sampai ke bahu kanan.

3. Kiri Atas (Bawah Tulang Rusuk Kiri)
Kawasan ini menempatkan organ Limpa (Spleen) dan hujung pankreas. Kesakitan di sini mungkin berpunca dari limpa bengkak (akibat jangkitan kuman) atau gas yang terperangkap dalam usus besar.

4. Tengah Bawah (Bawah Pusat / Pelvis)
Bagi wanita, ini kawasan rahim dan ovari (sakit senggugut, fibroid, atau cyst). Bagi lelaki dan wanita, sakit di kawasan ini selalunya dikaitkan dengan masalah jangkitan Pundi Kencing (UTI) terutamanya jika rasa pedih ketika buang air kecil.

5. Kanan Bawah
Kawasan 'Red Alert'! Jika anda rasa sakit yang bermula dari sekitar pusat, kemudian perlahan-lahan bergerak ke penjuru kanan bawah dan semakin sakit bila disentuh atau bergerak, segera ke hospital. Ia adalah simptom klasik keradangan Apendiks (Appendicitis) yang boleh pecah jika dibiarkan.

6. Kiri Bawah
Kawasan hujung usus besar. Kalau sakit memulas di sini, ia selalunya berkaitan dengan sembelit teruk, gas terkumpul, keracunan makanan, atau keradangan dinding usus.

Ingat, panduan ini adalah untuk rujukan asas sahaja.

Jika sakit perut anda datang secara tiba-tiba, teramat sakit (skala 8 ke atas), disertai dengan demam, muntah berdarah, atau perut menjadi keras seperti papan, jangan lengah lagi. Terus pandu ke Jabatan Kecemasan yang terdekat!

13/02/2026

Micro-breaking ni nampak macam benda kecil. Tapi dalam otak, dia macam butang reset yang orang jarang tekan.

Bayangkan anda tengah buat kerja yang perlukan fokus. Data, nombor, WhatsApp masuk, email masuk, kepala kena pilih satu benda untuk dipegang. Itu namanya fokus yang dipaksa. Lama-lama, otak letih bukan sebab kerja berat, tapi sebab perlu menahan gangguan.

Sebab itu ada kajian yang dapati, hanya dengan melihat gambar pokok atau pemandangan alam selama lebih kurang 40 saat, fokus boleh naik sekitar 6%. Bukan sebab gambar tu magik. Tapi sebab alam bagi otak ruang untuk rehat tanpa betul-betul putus kerja.

Alam buat otak rasa selamat. Hijau, bentuk daun, corak semula jadi yang lembut, semuanya tidak menuntut perhatian secara agresif macam skrin dan notifikasi. Otak jadi kurang tegang. Bila tegang turun, barulah ruang fokus boleh “penuh” balik.

Dan 40 saat itu pendek. Tapi cukup untuk tarik otak keluar daripada mode bising. Anda tak sempat hanyut. Anda cuma sempat pulih.

Kalau nak buat paling mudah, simpan satu gambar hijau yang anda s**a. Jadikan wallpaper. Atau berdiri sekejap dan pandang pokok di luar tingkap. Setiap 1 hingga 2 jam, ambil 40 saat. Pandang. Tarik nafas. Lepas tu sambung.

Ini bukan malas. Ini bukan cari alasan. Ini cara otak manusia jaga prestasi tanpa perlu paksa diri sampai habis tenaga.

13/02/2026

Hari ni kita belajar Psikologi, Okay?

Trik psikologi untuk buat orang hormat kita tanpa perlu buka mulut

Pernah tak rasa, makin kita cuba beramah mesra, makin orang "pijak" kita?

Kita angguk, kita senyum, kita iyakan semua benda sebab tak nak nampak sombong. Tapi sudahnya, pendapat kita orang buat tak endah je.

Sebenarnya, anda dah terperangkap dalam "Perangkap Si Baik".

Ada satu rahsia bahasa badan yang dipanggil "The Power of Stillness".

Cuba buat eksperimen ni esok kat ofis atau bila jumpa kawan yang s**a potong cakap:

Bila dia bercakap, DENGAR, tapi JANGAN ANGGUK.
Kekalkan pandangan mata (Eye Contact), muka tenang, dan jangan gerakkan kepala langsung.

Bunyi macam sombong kan? Tapi lihat magisnya:

1. Dia akan mula rasa "tak selesa" (in a good way).
2. Dia akan berhenti merepek dan mula susun ayat supaya lebih bijak.
3. Dia akan rasa anda sedang "menilai" dia, bukan sekadar menadah telinga.

Dalam psikologi, orang yang tenang dan kurang bergerak (High Status) dianggap lebih dominan berbanding orang yang asyik mengangguk laju macam burung belatuk (Low Status/Submissive).

Anggukan tu mahal. Jangan bagi percuma.
Simpan anggukan anda untuk benda yang betul-betul bernilai sahaja.

Sekali anda diam, satu bilik akan dengar.

12/02/2026

Darah haid itu seperti laporan rutin dari rahim tentang kondisi hormon dan kesehatan lapisan dalamnya. Warna yang terlihat dipengaruhi oleh seberapa cepat darah keluar dan seberapa lama ia terpapar oksigen (proses oksidasi).

Kalau warnanya merah terang, biasanya itu darah yang masih segar dan mengalir cukup cepat. Artinya, peluruhan dinding rahim berjalan normal dan efisien.

Kalau merah tua atau kecokelatan, itu darah yang sudah sedikit lebih lama berada di dalam rahim sebelum keluar. Warna ini umum muncul di awal atau akhir menstruasi, dan sering kali masih tergolong normal.

Jika terlihat sangat gelap, hampir kehitaman, apalagi disertai gumpalan besar, itu bisa menandakan darah mengalir lebih lambat atau jumlahnya cukup banyak sehingga lebih banyak teroksidasi. Pada beberapa kasus, ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon, misalnya kadar estrogen yang tinggi sehingga lapisan rahim menebal.

Kalau warnanya merah muda pucat, darah tampak lebih encer. Ini bisa terjadi karena kadar estrogen lebih rendah atau karena kondisi seperti anemia. Namun tetap perlu dilihat bersama gejala lain.

Intinya, variasi warna dalam satu siklus sering kali normal. Tapi jika perubahan warna, bau, jumlah, atau rasa nyeri terasa sangat berbeda dari biasanya dan berlangsung beberapa siklus, itu tanda pesan. Saat itulah konsultasi ke dokter kandungan penting dilakukan.

Dengan memahami polanya, kita bisa lebih peka terhadap kesehatan tubuh sendiri.

______
Now I Know

Sumber:
✅American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), 2020; Your Menstrual Cycle
✅Munro et al., 2018; FIGO classification of abnormal uterine bleeding, Int J Gynecol Obstet
✅Fraser et al., 2007; Terminology of menstrual bleeding abnormalities, Fertility & Sterility
✅Hoffman et al., 2020; Williams Gynecology (4th ed.)
✅Hillard, 2014; Menstruation in adolescents, Annals NY Academy of Sciences

11/02/2026

Ada hari kita bangun dah letih. Kerja banyak, kepala penuh, hati pun nipis. Tiba tiba datang seorang manusia, cakap macam kita ni tak ada harga.

Masa tu, nafsu kita cuma satu. Nak balas. Nak bagi dia rasa.Tapi orang biadab selalunya bukan cari jawapan. Dia cari reaksi.
Dia nak tengok anda pecah.

Jadi cara kita menang bukan dengan suara paling kuat.Cara kita menang ialah jangan bagi dia pegang stereng emosi kita.

Kadang kadang, paling berani ialah memilih untuk pergi.Bukan sebab kalah. Sebab anda tahu nilai diri anda.

Dan kalau lepas jumpa orang macam tu anda rasa dada sesak, kepala mula berserabut, rasa macam diri jadi “tak cukup”, ingat satu benda.
Itu bukan anda lemah. Itu badan anda penat menahan.

Pegang diri anda macam pegang orang yang anda sayang. Cari ruang tenang, minum air, solat kalau mampu, tulis satu ayat untuk lepaskan beban, dan cerita pada orang yang anda percaya.

Biar luka kecil tu tak jadi luka besar.

Anda bukan tempat orang buang marah.
Anda manusia yang layak dihormati

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Tawau?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Tawau
91000