Kak Yong's Nurraysa Beauty Sabah
Membantu jana pendapatan dari rumah 5 angka sebulan. produk mesra wudhu dan halal
*اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آل سَيِّدِنَا مُحمَّـــدْ*
*Allah menguji hati yang ikhlas agar kita sedar dunia hanya sementara, dan hanya kepada Allah, jiwa benar benar kembali dengan sabar penuh redha*
28/11/2025
Merasa cukup itu penting, merasa lapang itu harus dan syukur itu wajib. Dunia akan terasa lelah, bila diukur dengan apa yang belum kau dapatkan.
Tidak ada hamba Allah yang Dia ciptakan miskin kerana semuanya sudah Dia tentukan rezekinya masing-masing. Yang membuat kita miskin itu adalah perasaan kita yang tidak pernah merasa cukup.
Semoga kita semua tegolong dalam orang yang kaya jiwa. Sentiasa merasa cukup dengan kurniaan Allah. Kita kena usaha, yang memberi tetap DIA. ❤️
Allahuakbar.. takutnya tengok. 😣🙌🏻 semoga kita semua dilindungi dari segala perkara-perkara yang tidak diingin. 🥺🤲🏻 Sama-sama kita doakan agar semua selamat dan dijaga oleh Allah SWT. Aamiin..
Kredit Video : TT meknorfarhana
28/11/2025
*اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ*
Dalam hidup ini… yg paling memenatkan sebenarnya bukan ujian itu sendiri, tapi menahan hati daripada berburuk sangka pada Allah ketika semuanya tak berjalan seperti yg kita harapkan.
kadang bila sesuatu yg kita sayang hilang tiba-tiba, kita mula persoal, “kenapa mesti aku? kenapa hidup aku?”
padahal kita tak nampak bahawa Allah sedang jauhkan kita daripada sesuatu yg mungkin mematahkan kita lebih dalam kalau ia kekal.
bila tengok orang lain berjaya cepat, hidup teratur, bahagia seperti tiada beban… kita mula rasa diri tertinggal.
kita fikir kita gagal, kita tak cukup bagus.
sedangkan perjalanan setiap orang dah Allah susun ikut kekuatan masing-masing.
masa orang lain bukan masa kita. rezeki orang lain bukan milik kita. dan apa yg tertulis untuk kita takkan pernah tersilap alamat.
ada hari, kita bangun dengan hati yg letih. kita senyum tapi jiwa kosong.
kita kuat di luar tapi runtuh di dalam.
namun anehnya… walaupun kita tak cerita apa-apa, Allah tetap faham semuanya.
Dia dengar setiap keluhan yg kita tahan dalam hati, setiap air mata yg kita lap dalam diam.
kadang Allah lambatkan sesuatu bukan sebab Dia tak nak bagi…
tapi sebab Dia nak ajar kita apa itu sabar, apa itu reda, apa itu melepaskan perkara yg kita terlalu genggam.
kalau Allah terus bagi semua benda yg kita minta, kita takkan belajar apa-apa.
dan kadang Allah patahkan hati kita dengan cara paling halus…
supaya kita berhenti bergantung pada manusia yg tak mampu jaga hati kita seperti Dia jaga.
percayalah… tidak ada satu pun kesakitan yg sia-sia.
setiap luka ada hikmah. setiap jatuh ada pelajaran.
dan setiap air mata, ada gantinya yg Allah sedang simpan untuk masa yg tepat.
jangan malu kalau kau penat.
jangan putus asa kalau kau rasa lemah.
kalau tak mampu berdiri, duduk. kalau tak mampu berjalan, merangkak. asalkan jangan berhenti berharap kepada Allah.
sebab janji Allah itu pasti:
“sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.”
dan kemudahan itu… sedang datang. pelan-pelan, satu demi satu.
🧸💕
Yang kita dapat, tak semestinya kita s**a. Yang kita minta, belum tentu yang terbaik buat kita. Yang terbaik buat kita, tidak semestinya Allah s**a.
Belajarlah redha dengan apa yang kita ada. Kerana itulah yang terbaik buat kita.
“Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka." ❤
12/11/2025
kadang² kita rela terluka demi menjaga hati dan perasaan orang lain. tapi tanpa kita sangka luka itu datang dari tangan yang kita jaga dan sayang sepenuh hati •ᥫ᭡•
12/11/2025
Jom, jadi perempuan kuat versi Allah , bukan versi dunia.
Diamnya seorang perempuan bukan kerana lemah.
Tapi kerana ada sabar yang tak ingin dipamerkan. Bukan tak punya luka, tapi hatinya memilih utk berdoa. Biarlah Allah yang tahu semuanya.
"Pandanglah ujian itu sebagai penghapus dosa. Bukan beban atau membenci Tuhan yang memberinya."
01/01/2022
Promosi baru
Tahun baru...
www.wasap.my/60146035292/sale1.1
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Tuaran
89200
