Dermags Skin care kedah
Stokist sah DerMags Skincare Solution khusus untuk kawasan Jitra,Kedah. Memberi consultasi kulit dan produk secara percuma. tips dan teknik penggunaannya.
17/07/2022
Payah tau nak nampak Dr. Mariani pakai kaler putih macam ni.
Selalu warna merah je, merah tu memang dah favorite kaler Dr. Mariani sebab tu hampa tengok packaging DerMags pun merah ang2.😁
MashaAllah
Cantik kan Dr.
Sedikit latar belakang mengenai Dr Mariani Abdul Hamid Pengasas DerMAGs Skincare
Dr Mariani Abdul Hamid merupakan ketua penyelidik di Institut Pembanguan BioProduk Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan memimpin satu pas**an yang terdiri daripada segolongan penyelidik yang terdiri daripada pemegang PhD serta Professor untuk menghasilkan produk-produk yang berkualiti tinggi.
Dengan kepakaran dalam Kejuruteraan Biokimia (major in skin-lightening, anti-aging, wound healing, skin repair, preclinical & clinical study) dari University of Dongguk, Korea, Dr Mariani mula komited menjalankan kajian berterusan terhadap produk DerMAGs sejak 2014.
Pada tahun 2009, Dr Mariani melanjutkan pelajaran ke Dongguk University, South Korea dalam Ijazah Sarjana (PhD) Kejuruteraan Biokimia di bawah seliaan Professor Park Chang-Seo, seorang pakar kosmetik terulung di Korea yang terlibat secara langsung dalam mewujudkan jenama-jenama kosmetik gergasi dari Korea seperti IOPE, LANEIGE, AMORE PACIFIC, HANSKIN dan TONY MOLY.
Dengan kerajinan dan keazaman yang tinggi, beliau menunjukkan prestasi yang cemerlang di negara asing dan mendapat markah keputusan 4.35/4.5 dalam ujian pencapaiannya di Korea.
Pada tahun 2012, Dr Mariani Abdul Hamid mula bekerja di Institut Pembangunan Bioproduk (IBD), di Universiti Teknologi Malaysia sebagai pensyarah kanan dan mula mengeluarkan produk DerMAGs pada tahun 2014
Hebat kan pengasas DerMags, bukan calang-calang orangnya.
20/01/2020
Stok yang paling laku keras di musim panas macam sekarang ni.
Doktor pesan kena sentiasa pastikan tekak lembab dengan banyakkan minum air.
Cikhana pesan kena pastikan juga kulit lembab dengan menggunakan Hydrating Moisturizer DerMags.
InshaAllah kulit akan kekal lembab walapun cuaca panas membahang.
Pst/:go away kulit kering ,kusam dan sembab.
01/12/2019
Lama tak up pasal DerMags skincare.
Keseronokannya menjual skincare ni bila dapat bantu selesaikan masalah orang lain.
Dapat buat customer happy,kita pun terasa happy juga.
Ini share skit testimoni yang baru dapat.
InshaAllah sabar dan istiqamah akan nampak hasilnya.
21/11/2019
DERMAGS SCAR CORRECTOR SERUM
“Serum ini diformulasi dengan AndroEX yang merupakan bahan aktif penting yang dipaten di bawah UTM daripada ekstrak daun pokok hempedu bumi.
“Kombinasi teknologi nanoemulgel dan ekstrak daun hempedu bumi mampu menghasilkan kebolehserapan tinggi dengan kesan penyembuhan luka dan pemulihan parut yang lebih efektif pada wajah,”-Dr Mariani
UTM lancar 'Dermags Scar Corrector Serum' untuk kurang kesan parut wajah UTM lancar 'Dermags Scar Corrector Serum' untuk ku
16/11/2019
New Packaging Bb Chusion come with refill.
25/07/2019
Yang nak tahu produk keluar DeMags
Boleh tengok catalog ini ya.
Bukan saja skincare,kita juga ada lipstick dan juga perfume.
More detail and price.
Ada di gambar 😊
18/06/2019
Bb chusion DerMags Spf 50 Pa+++.
Bulan Syawal ni kita bagi pakai baju baru dekat dia .
Tumpang beraya sekali.😆
New casing for Bb Chusion.
Lebih kemas
Lebih lasak
Dan lebih cantik😍
08/03/2019
Petanda semakin hampir kita dengan Ramadhan.
Kata ulama :Rejab bulan menanam, Syaaban bulan mengairi tanaman dan Ramadhan bulan untuk kita menuai.
Salam 1Rejab
04/03/2019
JERAWAT MASIH TIMBUL WALAUPUN DAH GUNA SET SKINCARE. ?
Ada banyak punca, salah satunya teknik membersih muka yang kurang tepat.
DOUBLE CLEANSING CLENSING.
Apabila masih ada sisa kotoran pada kulit akan menyebabkan pori tersumbat.
Pori yang tersumbat adalah punca timbulnya jerawat.
Untuk memastikan kulit betul-betul bersih dari sebarang kotoran ,boleh amalkan teknik double cleansing ni.
Ada 3 keadaan yang memerlukan kita guna deep cleansing .
Wajib.
Deep celansing dikira wajib guna sekiranya kita pakai makeup ,walaupun sekadar kenakan foundation saja. Tak kira la, foundation jenis liquid, lotion atau cream sekali pun
Sebab kita nak pastikan kesan makeup tu betul-betul bersih, tak ada sisa yang akan masuk dalam liang pori.
Lepas tu, baru kita cuci dengan cleanser biasa.
Berapa kali nak pakai?
Boleh guna tiap kali nak cuci makeup.
Sunat
Jenis kulit yg berminyak. Terutama yg heavy, minyak banyak sehingga boleh buat goreng telur mata (gurau je ya).
Yang ni kita syorkan guna juga deep cleansing, sebab sebum kulitnya terlalu aktif,sisa minyak tu akan bertempel dlm pori.
Jadi deep cleansing ni akan bantu cuci bersih, orang kedah kata cuci calat sehingga ke liang pori .
Boleh guna bila rasa kulit terlalu berminyak.
Harus
Diharuskan juga pakai bagi orang yang berkulit normal.
Ye la, kulit kita seharian akan terdedah pada debu, asap dan kotoran halus.
Benda2 asing ni juga boleh sebabkan pori tersumbat seterusnya membawa kepada jerawat.
Jadi nak kulit betul-betul bersih kena buat teknik double cleansing .
Nak jadi kan rutin harian pun boleh.
Tiap malam sebelum tidur ,nak cuci muka tu buat dulu deep cleansing .
Barulah kulit dapat bebas bernafas dan lebih sihat.
Kulit yang sihat terus akan nampak cantik.
25/02/2019
Hadiahkan diri Anda dengan Set Penjagaan DerMags yang terbukti Berkesan dan Selamat.
Merawat kulit wajah anda dengan penuh penghormatan selayaknya seorang wanita.
Lembut dan Alami.
Dari bahan - bahan semulajadi khazanah alam
Sebagai tanda menghargai diri Anda
SET A
Set Percubaan Untuk Kulit Normal dan Berminyak
- Intensive Brightening Cleanser
-Intensive Brightening Softener
-Intensive Brightening Serum
-Intensive Refining Cream Spf 30
SET B
Set Percubaan Untuk Kulit Kering
- Intensive Brightening Cleanser
-Hydrating Moisturiser DerMags
-Intensive Brightening Serum
-Intensive Refining Cream Spf 30
SET C
Set Percubaan Untuk Kulit kombinasi
( Berminyak dan kering)
- Intensive Brightening Cleanser
-Intensive Brightening Softener
-Hydrating Moisturiser DerMags
-Intensive Brightening Serum
-Intensive Refining Cream Spf 30
23/02/2019
INI PENGAKUAN IKHLAS SAYA
(Awas panjang!)
Saya Stokis DerMags dan saya juga pengguna produk DerMags
Saya cuba untuk review produk ni dengan telus,cuma saya rasa agak tak adil jika saya gunakan kulit wajah saya sebagai case study.
Kerana kulit saya ketika mula-mula kenal DerMags takda masalah yang ketara ,
hanya kusam dan jerawat halus.
Alhamdulillah bila pakai DerMags kulit cepat je serasi.
Apabila sign in jadi Stokis DERMAGS ,orang pertama yang saya hasut guna ialah Umi saya.
Umi jenis orang yang sempoi terutamanya utk penjagaan wajah .
Dia pakai ikut dan je,mana yang ada depan mata itu le yang dia guna.😔
Umi ketika itu umur pertengahan 50 an.
Masalah kulit, kusam,kering ,garisan penuaan,dan jeragat.
*INTENSIVE BRIGHTENING CLEANSER DERMAGS WITH ALPHA-MAGS*
Mana –mana skincare pun kita akan mula dengan cleanser dulu kan.
Jadi item pertama yang Umi guna ,ofkoslah Intensive Brightening Cleanser DERMAGS with Alpha Mags.
Lebih kurang sebulan juga Umi pakai cleanser saja.
Memang cleanser only.
Item lain hold dulu.
Ini penting tau terutama kalau kita kerap tukar –tukar produk.
Tempoh sebulan ni juga sebagai tempoh peralihan produk lama kepada produk baru.
(Tempoh peralihan berbeza bagi setiap orang,bergantung history skincare sebelumnya).
Dalam tempoh ini kulit rasa lembut je kata umi.
Umi s**a.
*INTENSIVE BRIGHTENING SOFTENER DERMAGS WITH ALPHA-MAGS
Bulan seterusnya baru Umi tambah Intensive Brigthening Softener with Alpha Mags ,
tapi bila tambah softener kulit jadi sedikit kering (waktu ni Dr Mariani belum keluarkan pelembab lagi)
Rupanya kulit Umi yang dah makin berumur kurang sesuai dengan penggunaan softener.
Softener lebih sesuai untuk kulit jenis normal dan berminyak,(kulit masalah jerawat ,pori besar dan terlalu berminyak elok pakai ni)ia akan bantu balance lebihan minyak pada kulit.
Dr Mariani suruh berhenti guna softener .
Gantikan dengan Intensive Brigthening Serum with AlphaMags p**a untuk rawat masalah kulit kering tadi tu.
*INTENSIVE BRIGHTENING SERUM DERMAGS WITH ALPHA-MAGS*
Tapi bila start guna Intensive Brigthening Serum with AlphaMags
Bermulalah krisis baru bagi perjalanan kulit Umi .
Kulitnya jadi seolah-olah terbakar,
makin lama makin gelap.
Hampir Umi give up utk teruskan guna DERMAGS.
Bila refer Dr.Mariani dan selidik history skincare yang pernah Umi gunakan.
Doc kata serum tengah bertindak balas untuk baik pulih kulit Umi dari kesan-kesan produk lama yang Umi pernah pakai.
Kenapa bila start serum kulit jadi begitu?
First ,bukan semua orang akan dapat side affect yang macam ni ,bergantung atas damage yg berlaku pada kulit.
Biasanya kulit yang ada side affect yang macam tu,kulit yang pernah menggunakan produk yang berchemical.
Terutamanya produk yang menghakis dan pengelupasan.
Alpha mags iaitu bahan utama yang digunakan dalm pembuatan DERMAGS adalah lebih banyak didalam serum berbanding item lain.
Dan kita gunakan nano emulsion agar penyerapannya lebih tinggi ,sekiranya ada kerosakan atau bahan-bahan asing dalam kulit ia akan bantu membuang dan membaikpulih masalah tersebut.
Bagaimana untuk elakkannya?
1-Boleh ambil tempoh peralihan yang lebih lama.
2- Buat detox pada kulit sebelum guna produk baru.
(yg nak tahu cara detox kulit boleh pm ya)
*HYDRATING MOISTURISER DERMAGS*
Jadi apa perlu buat?
Untuk kes Umi,saya stop dulu serum buat sementara
Gantikan dengan Hyrdating Moisturiser DERMAGS utk atasi kulit keringnya.
Formulasi moisturiser ni sangat istimewa.
Texture ringan, nipis & tidak berminyak tetapi mampu mengekalkan kelembapan kulit.
Cukup sapu nipis-nipis
Dr.Mariani dah uji dari segi stability, efficacy dan sensory.
Jadi penghasilan moisturiser tersebut telah memenuhi kriteria paling optimum
Serum tu Umi continue pakai bila kulit dah agak normal.
( Cara pemakai Set DerMags mungkin berbeza bagi setiap orang, boleh dapatkan consultancy terlebih dahulu)
Umi rawat kulit by step.
Rawat dulu kulit kering.
Bila kulit dah lembab ,penyerapan akan lebih efiksien .
Bila kulit dah semakin ok ,Umi teruskan semula serum.
Masa ni dah boleh tengok perubahan ketara pada kulit Umi.
Yang paling ketara garis-garis halus dah hamper tiada.
Kulit Nampak tegang .
Jeragat makin pudar.
Sampai sekarang 3 benda ni je yang Umi konsisten guna.
Alhamdulillah kulit Umi makin ok cuma bila dia berkebun burn jugalah kulit.
*Tak pakai protection ke?*
Umi unik skit tak boleh pakai any cream bukan sebab alergik tapi kerana geli dengan benda berminyak .
Memang tak boleh pakai langsung.
Tak boleh nak paksa dah .
Akhirnya saya terpaksa beralah je biarkan muka umi togel bila keluar rumah tanpa uv protection.
Tapi saya pastikan Umi tak tinggal rutin skincare yang lain,supaya dapat cover semula kulit yang damage akibat Uv.
Tapi untuk anda ,Uv protection amat penting ya
Kita ada 2 type untuk uv protection, cream and liquid.
= INTENSIVE REFINING CREAM DERMAGS SPF 30
= BB Chusion DERMAGS SPF 50 PA +++
Yang terbaru kita baru keluarkan DEEP CLEANSING DERMAGS, salah satu item utk double cleansing.
Item ini kita keluarkan atas pemintaan ramai, customer yg fall in love dengan DERMAGS, nak stick guna DERMAGS je, tak mau campur- campur dengan brand lain.
Saya tahu ramai yang nak cuba DERMAGS nakkan kesan yang cepat.
Jangan macam tu,
Biarlah kulit kita dirawat secara alami ,
Jangan kerana nak cantik sanggup memudaratkan kulit.
PM saya ya .
Kita akan consult tengok apa masalah kulit anda dan kita akan syorkan set yang sesuai .
Bagi peluang kami bantu anda dapatkan kulit impian anda.
Pst\ada offer special untuk first time user ya.
22/02/2019
New Baby DERMAGS
DEEP CLEANSING CREAM
👉👉Penjagaan Untuk Penyelesaian Kulit Yang Sihat Dan Ideal.
✔Dirumus dengan intermixture penuh kebaikan untuk kulit.
✔Tidak mengeringkan kulit
✔Diperkaya dengan minyak Argan.
✔Menjadikan kulit lebih anjal
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Jitra
Kedah
06000
